SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU HIJRAH

SALAM MAAL HIJRAH 1432 HIJRIAH DARI KAMI, BADAN KEBAJIKAN PENGAWAS MADRASAH ISLAMIAH BANDAR KUCHING.

OUR ANTHENM........

"MAJU KE HADAPAN SEMUA"


MARILAH KITA UMMAT MUHAMMAD,
UNTUK MAJU KE HADAPAN SEMUA,
MARI KITA BERSATU,
BANGKITKAN SERUAN AGAMA,
YANG KITA CINTAI INI....


SYUHADA PERJUANGANMU DIBERKATI ILAHI,
TERUSKAN MATLAMAT KITA,
MADRASAH ISLAMIAH TERCINTA.....

BADAN KEBAJIKAN PENGAWAS MADRASAH ISLAMIAH BANDAR KUCHING

BADAN KEBAJIKAN PENGAWAS BERTANGGUNGJAWAB DI ATAS KEBAJIKAN PELAJAR - PELAJAR DI MADRASAH ISLAMIAH. OLEH ITU, BADAN KAMI AKAN BERUSAHA SEDAYA - UPAYA UNTUK BEKERJA KERAS LEBIH KE ARAH KESEJAHTERAAN MADRASAH ISLAMIAH BANDAR KUCHING.

Friday, December 17, 2010

Kepelbagaian masjid dunia


bangunannya yang berwarna belang merah dan putih, bak kuih lapis menjadi salah satu keunikan Masjid Jami-Ul-Alfar ini.


KATA Ibnu Khaldun, seni bina adalah satu daripada asas tamadun yang paling utama yang merupakan lambang atau manifestasi daripada sesuatu tamadun.

Aspek seni bina Islam yang terpenting yang harus diperhatikan ialah seni bina masjid. Ini kerana Islam telah meletakkan tempat ibadah sebagai ciri terpenting sesebuah bandar. Sebagaimana tatkala Rasulullah SAW mencari tapak yang sesuai untuk membina masjid pada penghijrahan baginda ke Madinah dahulu.

Seni bina masjid menjadi lambang keagungan tamadun berbanding Barat, kerana unsur-unsur ketamadunan yang dikembangkan di kota-kota Islam begitu mementingkan nilai kerohanian. Pada masa yang sama, tidak meminggirkan pembangunan fizikal dan kebendaan.

Alangkah seronoknya jika setiap kita berpeluang untuk melihat masjid-masjid yang hebat di seluruh dunia. Bukan tujuan untuk berbangga dengan pencapaian seni bina umat Islam dahulu tetapi menyedari hakikat, ilmu kurniaan Allah SWT kepada hamba-hamba-Nya.

Berikut empat buah masjid yang dikira tersenarai atau dikategorikan sebagai masjid tertua, tercantik dan terbesar di dunia.

Masjid Jami-Ul-Alfar, Sri Lanka

MASJID Jami-Ul-Alfar terletak di Second Cross Street, di kawasan Bazar Pettah, Colombo, Sri Lanka.

Sebenarnya, tidak sukar untuk mengenali bangunan masjid yang siap pembinaannya pada 1909 ini kerana keunikannya yang ketara. Iaitu warnanya belang merah dan putih, bak kuih lapis bagi masyarakat kita.

Arkitek bagi Masjid Jami-Ul-Alfar ialah H.L. Saibo Lebbe. Kerja-kerja pembinaan bermula pada tahun 1908 dan siap setahun kemudian. Tahun siapnya sama dengan siapnya Masjid Jamek Kuala Lumpur.

Masjid ini adalah salah satu yang yang tertua di Colombo yang mana ia telah dibina oleh keluarga Khan dari Mumbai, India.

Tuesday, December 7, 2010

SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU HIJRAH

BADAN KEBAJIKAN PENGAWAS MADRASAH ISLAMIAH BANDAR KUCHING( BKPMIBK ) MENGUCAPKAN SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU 1432 HIJRAH


BERSAMA KITA JAYAKAN 1 UMMAH.

Monday, November 15, 2010

SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA & SELAMAT BERCUTI SEMUA!!!


Kepada semua warga Madrasah Islamiah Bandar Kuching, penulis weblog Madrasah Islamiah ini mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha dan Selamat Bercuti.


Ini kerana semua warga Madrasah Islamiah akan bercuti bermula esok, iaitu Hari Raya Haji, 17 November 2010 bersamaan dengan 10 Zulhijjah 1431 Hijriah.


Ujian Penggal Peperiksaan telahpun berakhir pada minggu lepas, jadi semua pelajar akan bercuti bermula pada tarikh yang telah ditentukan di atas.


SEKIAN........



SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILADHA DAN SELAMAT BERCUTI SEMUA!!!








Thursday, May 27, 2010

JANGAN SAKITI NABI!

Oleh:
Syeikh Muhammad Fuad bin Kamaludin al-Maliki
(Ahli Majlis Agama Islam Negeri Sembilan dan Penasihat, Yayasan Sofa Negeri Sembilan)
Klik di sini untuk sumber asal artikel ini.

Sesiapapun akan merasa sedih dan terguris hati jika keburukan kedua ibu bapanya disebut-sebut di hadapannya kalaupun ia suatu yang benar dan bukan sekadar tuduhan. Inilah fitrah hubungan kasih dan sayang yang ada diantara seseorang itu dengan ibu bapa kandungnya. Keburukan apakah yang lebih besar daripada kekufuran dan kekufuran siapakah yang lebih jelas daripada Abu Lahab sehingga celaan Allah S.W.T. terhadapnya terakam jelas di dalam al-Quran. Tetapi apabila sampai ke telinga Nabi s.a.w. bahawa ada sahabat yang mengungkit tentang kekufuran dan penentangan Abu Lahab dihadapan anak perempuannya yang Muslim, Nabi s.a.w. telah melarang dan menegur perbuatan ini dengan sabdanya, “Jangan engkau mencerca mereka yang mati lalu engkau menyakiti mereka yang hidup.” sabda Nabi s.a.w. (riwayat al-Tirmizi).


Fatwa Prof. Dr. Ali Jumu'ah, Mufti Mesir menjawab Status Ayahanda & Bonda Nabi s.a.w.

Jika itulah sikap Nabi s.a.w. dalam kes Abu Lahab, bagaimanakah pula jika ibu dan ayah Nabi s.a.w. sendiri yang disebut dan diungkit sebagai kufur dan berada dalam Neraka? Adakah Nabi s.a.w. tidak terguris hati atau merasa disakiti, tanpa mengira apapun niat si penyebut? Lebih buruk lagi keadaannya jika diinsafi bahawa pandangan yang ibu dan ayah Nabi itu kufur adalah tidak benar dan bercanggah dengan pandangan jumhur ulama umat ini. Maka kenyataan tersebut turut merupakan suatu pendustaan dalam isu yang begitu dekat dengan kekasih Allah S.W.T. dan makhlukNya yang paling mulia.

Malangnya, akhir-akhir ini, telah beberapa kali dakwaan bahawa ibu dan bapa Nabi s.a.w. itu kufur dan berada dalam Neraka di ketengahkan dalam masyarakat kita secara terbuka dalam media perdana oleh para pendakwah yang popular dan dikenali ramai. Dalam keadaan begitu tidak mustahil akan ramai ahli masyarakat yang tidak berkeahlian akan mudah terpengaruh, lantas sama-sama mengulang-ngulangkan kalimah yang pastinya menyakiti Nabi s.a.w. itu. Mahukah kita jika umat Islam di Malaysia sampai terhitung sebagai tidak peka dengan apa yang menyakiti Nabi s.a.w.? Bukankah ini boleh mengundang kemurkaan Allah dan RasulNya?

Isu Yang Tak Patut Ditimbulkan

Jika diteliti secara insaf, sebenarnya tidak terdapat satu sebab pun yang munasabah untuk isu status ibu dan bapa Nabi s.a.w. kita ungkit dan timbulkan di tengah-tengah masyarakat kita. Jika tidak ditimbulkan isu ini, masyarakat kita amnya mempunyai tanggapan yang sangat mulia terhadap ibu dan bapa Nabi s.a.w.. Sikap ini adalah sikap yang lebih tepat dan berasas, seperti yang akan kita huraikan. Kalau pun ada yang bertanggapan bahawa ini adalah suatu sikap yang bercanggah dengan hadis, apakah isu ini menempati keutamaan yang begitu tinggi dan mendesak sehingga perlu ditimbulkan. Adakah selama ini dengan memuliakan ibu dan bapa Nabi s.a.w. telah begitu merugikan dan memundurkan Islam dan umatnya di Malaysia?

Selain kerana tiada keperluan jelas untuk ditimbulkan, isu ini juga tidak patut ditimbulkan secara terbuka kerana untuk benar-benar menanggapinya secara adil menuntut kajian dan penelitian ilmiah khusus. Kenapalah kita perlu menyibukkan masyarakat awam dengan persoalan-persoalan yang tidak mudah atau tidak mampu untuk mereka sikapi dengan adil?

Sebenarnya, isu ini ada persamaan dengan beberapa isu-isu agama yang sifatnya kompleks dan boleh mengelirukan yang suka ditimbulkan oleh segelintir penceramah akhir-akhir ini. Walaupun kita sangat keberatan membahaskannya, tetapi apabila sudah ada yang menimbulkannya secara terbuka maka wajiblah pula penjelasan dibuat agar masyarakat tidak keliru dan tersalah faham. Pendek kata ia sudah menjadi suatu kemungkaran dan kezaliman ilmiah yang wajib dicegah dan diperbetulkan.

Fahaman Yang Lebih Sejahtera

Pandangan yang mendakwa ibu dan bapa Nabi s.a.w. adalah kufur dan berada dalam Neraka sebenarnya berpuncakan dua hadis sahih yang diriwayatkan oleh Imam Muslim. Dalam salah satu daripadanya, Nabi s.a.w. bersabda bahawa Baginda tidak diizinkan oleh Allah memohon keampunan bagi ibu Baginda tetapi diizinkan menziarahi kuburnya. Dalam hadis kedua, Nabi s.a.w. diriwayatkan menjawab pertanyaan seorang lelaki tentang nasib bapanya dengan menjawab bahawa ayah lelaki tersebut dan ayah Baginda sendiri berada dalam neraka. Walaupun sahih dari segi sanadnya tetapi jumhur ulama berpendapat bahawa matan atau teks hadis-hadis ini tidak boleh difahami secara zahir semata-mata. Ini adalah suatu yang biasa berlaku dalam kita berinteraksi dengan hadis. Bukan hanya kesahihan sanad menjadi penentuan hukum daripada sesuatu hadis. Terdapat juga kaedah-kaedah tertentu dalam memahami teks hadis itu sendiri yang perlu dipatuhi.

Berdasarkan kaedah-kaedah yang dalam memahami teks hadis, hadis-hadis di atas sebenarnya tidak mendokong kesimpulan bahawa ibu dan bapa Nabi s.a.w. kufur dan diazab. Pertamanya, makna zahir hadis-hadis ini tidak boleh dipegang kerana ia bertentangan dengan nas-nas al-Quran dan hadis-hadis yang lain. Antaranya, ayat-ayat dan hadis yang mensabitkan bahawa Nabi s.a.w. adalah berasal daripada keturunan yang mulia dan terpelihara seperti ayat 219, surah al-Syu`ara’ yang bermaksud, “dan (Allah melihat) pergerakanmu di antara orang-orang yang sujud”. Ibnu `Abbas r.a., seperti yang diriwayatkan oleh al-Bazzar, al-Tabrani dan Abu Nuaim serta dalam tafsir-tafsir al-Tabari dan al-Qurtubi, berpendapat bahawa ayat ini bermaksud bahawa Nabi s.a.w. telah berpindah dari satu sulbi ke satu sulbi dikalangan nenek moyang yang sujud dan beriman. Hal ini disokong oleh hadis-hadis yang merakamkan bahawa Nabi s.a.w. pernah memuji atau berbangga dengan ibu bapa dan keturunannya sedangkan adalah tidak wajar Nabi s.a.w. melakukan demikian jika mereka itu syirik atau kufur.

Maksud zahir hadis-hadis ini juga bertentangan nas-nas al-Quran berkenaan kaedah bahawa Allah S.W.T. tidak akan mengazab sesuatu kaum sebelum dikirimkan Rasul-rasulNya untuk menyampaikan agama yang benar (al-Israa’:15, al-An`aam:131, al-Syu`araa’, al-Nisaa’:165). Terdapat pula ayat-ayat yang menafikan bahawa terdapat rasul yang dikirim kepada kaum Nabi Muhammad s.a.w. sebelum kebangkitan Baginda (Saba’:44, al-Qasas:46). Maka kesimpulan yang lebih tepat adalah kedua-dua ibu dan bapa Nabi s.a.w. sama ada beriman dengan peninggalan risalah rasul-rasul yang terdahulu ataupun tergolong dalam kalangan Ahlul Fatrah, iaitu mereka yang berada di zaman yang tiada rasul padanya yang menyebabkan mereka secara prinsipnya tidak akan diazab.

Ada juga pandangan ulama yang mentakwilkan makna ‘abi’ dalam hadis kedua yang zahirnya bermaksud ‘ayah’ kepada Abu Talib atau Abu Lahab, bapa-bapa saudara Nabi s.a.w. dan bukannya Abdullah, bapa Baginda s.a.w.. Penggunaan panggilan sebegini memang berlaku dalam bahasa arab dan dalam al-Quran sendiri dalam kes Nabi Ibrahim a.s. (al-An`aam : 74). Ada juga pandangan ulama’ bahawa kedua-dua hadis riwayat Muslim itu memang perlu ditakwilkan kerana makna zahirnya bercanggah. Jika ibu Nabi s.a.w. benar-benar kafir, Nabi s.a.w. tidak akan diizinkan Allah S.W.T. untuk menziarahi kuburnya.

Kita juga telah menyentuh bagaimana mengatakan ibu dan bapa Nabi s.a.w. berada di dalam neraka akan menyakiti Nabi s.a.w. Menyakiti Nabi dengan apa cara sekalipun adalah jelas diancam di dalam al-Quran dengan laknat Allah S.W.T. di dunia dan akhirat serta dijanjikan dengan siksa yang pedih dan hina (al-Tawbah:61 dan al-Ahzab:57). Melihatkan betapa besarnya kesalahan ini, tidak hairanlah Saidina Umar bin Abdul Aziz ada dilaporkan telah mengancam seorang pegawainya yang mengatakan ibu dan bapa Nabi s.a.w. musyrik dengan hukuman dipotong lidahnya, dipotong tangan dan kakinya dan dipancung kepalanya. Lalu pegawai itu dilarang memegang apa-apa jawatan sepanjang khilafahnya (Tarikh Ibn `Asakir). Imam al-Alusi (m.1127H) pula dalam Tafsir Ruh al-Maaninya ada memberi amaran keras, “Aku bimbangkan kekufuran terhadap seseorang yang menuduh ibu dan ayah Nabi s.a.w. (kufur)” (Jilid 11, ms.207).

Perincian dan huraian lanjut tentang pandangan para ulama yang membela ibu dan bapa Nabi s.a.w. boleh didapati dalam beberapa kitab termasuk kitab-kitab khusus karangan Imam al-Hafiz Jalaluddin al-Suyuti, Masalik al-Hunafa dan al-Ta`dzim wal Minnah, kitab al-Hujaj al-Wadhihaat karya ulama’ Makkah, Al-`Allamah Sayyid Ishaq Azzuz, kitab Sadad al-Din oleh Imam al-Barzanji, kitab Hadyu al-Nairain karya al-Allamah Prof. Dr. Judah al-Mahdi dari Universiti al-Azhar Mesir dan fatwa Mufti Mesir, Al-Syeikh Dr. Ali Jum`ah dalam koleksi fatwanya, al-Bayan. InshaAllah dalam masa terdekat, kami akan mengeluarkan terjemahan dan sedutan daripada kitab-kitab ini dalam bahasa Melayu.

Jelas daripada perbahasan ringkas kita ini bahawa, jika kita mahu, ruang untuk kita mempertahankan keimanan dan terselamatnya ibu dan bapa Nabi s.a.w. yang mulia adalah luas terbentang. Kalaulah bersangka baik itu terpuji, maka apakah lagi situasi yang lebih utama untuk kita bersangka baik selain dalam isu ini yang membabitkan hak kekasih dan makhluk yang paling dimuliakan oleh Allah S.W.T. Ia juga sebenarnya adalah sangka baik kita terhadap Allah S.W.T. sendiri yang Maha Kaya lagi Berkuasa untuk meletakkan zuriat kekasihNya dalam rantaian keturunan hamba-hambaNya yang terpilih.

Di sebalik episod yang sangat mengguris hati ini mungkin ada beberapa hikmah dan pengajaran yang perlu diambil. Para penceramah yang giat mengisi ruang dakwah di tengah masyarakat mestilah sangat berhati-hati dalam memilih kandungan dan mesej dakwah mereka. Bersama populariti dan kemasyhuran itu datangnya amanah dan pertanggungjawaban. Bagi masyarakat am pula, di zaman ledakan informasi ini yang turut menyaksikan informasi agama turut tersebar tanpa kawalan, mereka perlulah lebih berhati-hati dalam mempercayai apa yang mereka baca dan dengar. Maklumat agama yang keluar di akhbar, terdengar di radio, tersiar di tv dan popular di internet tidaklah semestinya terjamin betul dan benar. Dalam bab agama, janganlah kita malas mengkaji dan mempastikan kerana akhirat kitalah yang jadi pertaruhannya. Isu ini juga adalah satu contoh jelas bagaimana sikap terlalu merujuk kepada Sunnah tanpa berpandukan kaedah dan panduan para ulama muktabar adalah sikap yang silap dan merbahaya. Janganlah kita mudah terbawa-bawa dengan sesetengah aliran yang mendakwa sebagai menjuarai Sunnah sedangkan hakikatnya mereka sering menzalimi Sunnah dan yang empunya Sunnah s.a.w. Semoga Allah S.W.T. menjadikan kita di kalangan mereka yang sentiasa menggembirakan dan mempertahankan kekasihNya, Nabi Muhammad s.a.w.

Monday, 3 May 2010

Kedudukan Ibubapa Rasulullah SAW

Satu tulisan oleh al-Fadhil Ustaz Mujahid Abdul Wahab, anak murid kepada tuan guru al-Musnid Syeikh Muhammad Fuad bin Kamaludin al-Maliki, yang menyanggah tulisan Ustaz Ravi di dalam Utusan Malaysia. Mempertahankan Rasulullah itu kewajipan bagi kita selaku umat baginda!

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ

PENGENALAN DAN PEMBUKAAN

PERTAMA

Allah berfirman dalam surah al Syu’ara’ ayat 218- 219:

الَّذِي يَرَاكَ حِيْنَ تَقُوْمُ وَتَقَلُّبَكَ فِي السَّاجِدِيْنَ

“Yang melihat pergerakan dirimu di antara orang-orang yang sujud.”

Dikeluarkan oleh Ibnu Sa’ad di dalam Tobaqat al Kubra, dikeluarkan juga oleh al Bazzar, al Tabrani dan Abu Nu’aim di dalam Dalail al Nubuwwah, daripada Ibnu Abbas RA berkata:

“Dan dari seorang Nabi kepada seorang Nabi yang lain, kemudian kepada seorang Nabi sehinggalah dilahirkan Rasulullah SAW sebagai seorang Nabi.”

Ibnu Abbas RA mentafsirkan firman Allah ini sebagai perpindahan benih daripada sulbi seorang Nabi ke sulbi Nabi seterusnya ke dalam sulbi dari kalangan para sajidiin (yang sujud dan beriman kepada Allah).

Maka dapatlah diketahui bahawa Rasulullah SAW dilahirkan daripada benih insan-insan yang beriman dan mendirikan solat dari kalangan zuriat Nabi Ibrahim AS.

Dalil ini juga telah dipakai oleh Imam Baijuri di dalam Hasyiah, pada menyatakan keimanan ayahanda dan bonda serta seluruh nenek-moyang Rasulullah SAW.

KEDUA

Daripada Ibnu Abbas RA, Rasulullah SAW bersabda:

مَا وُلِدَنِي مِنْ سِفَاحِ الْجَاهِلِيَّةِ شَيْءٌ مَا وُلِدَنِي إِلاَّ نِكَاحٌ كَنِكَاحِ الإِسْلاَمِ

"Tidaklah aku dilahirkan dari perzinaan kaum Jahiliyyah walau sedikitpun, dan tiadalah aku dilahirkan melainkan dengan nikah seumpama nikah Islam.”

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

MUNAQOSYAH

Berkata Ustaz Ravi:

“Namun, tiada riwayat yang sahih atau yang diterima (maqbul) daripada buku-buku hadis utama ini yang menyatakan bahawa ibu bapa Nabi SAW itu Muslim sama ada atas agama nabi Ibrahim a.s. atau agama nabi Isa a.s.”

Berkata hamba yang dho’if:

Kenyataan yang dikeluarkan oleh Ustaz Ravi menunjukkan beliau memerlukan kefahaman yang lebih luas mengenai al Sina’ah al Hadisiyyah. Di dalam ilmu hadith, yang menjadi ukuran bagi menghukum sesuatu hadith ialah sanadnya, bukan kerana ia dikeluarkan oleh Ashab al Sunan al Sittah, al Muwatto’ dan kitab-kitab yang masyhur. Sesuatu hadith itu diterima apabila cukup syarat-syaratnya walaupun ia diriwayatkan di dalam sebuah kitab hadith yang tidak masyhur.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Berkata Ustaz Ravi:

“Hadis-hadis tentang isu ini menjurus kepada kesimpulan ibu bapa nabi SAW mati dalam kufur kerana nabi sendiri mengesahkan di dalam hadis-hadis tersebut dengan mengatakan mereka berada di neraka.”

Berkata hamba yang dho’if:

Pada hemat saya hamba yang dho’if, Ustaz Ravi seolah-olah tidak memahami apakah pengertian Qot’iyyah al Thubut dan Qot’iyyah al Dilalah di dalam ilmu Usul Fiqh. Benar, hadith tersebut diriwayatkan dalam sohih Muslim dengan sanad yang sohih, akan tetapi adakah ia benar-benar menunjukkan (Wajhu al Dilalah) hukum yang anda keluarkan? Adakah dengan menemui sesuatu dalil yang sohih di dalam sesebuah kitab hadith, justeru kita akan terus mengeluarkan hukum berdasarkan zahirnya tanpa mengira kupasan dan perbincangan ulama’ mengenainya? Semoga Allah menghindarkan kita dari tergesa-gesa dan melulu dalam menghukum.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Berkata Ustaz Ravi:

“Mari kita perinci satu persatu. Pertama, hadis riwayat Muslim (no. 203) yang sanadnya daripada Anas r.a; seorang lelaki bertanya kepada Rasullullah: Wahai Rasulullah, di manakah ayahku? Nabi menjawab, "Di dalam neraka." Apabila lelaki itu berpusing untuk pergi, baginda memanggilnya lalu berkata: "Sesungguhnya ayahku dan ayahmu di neraka."

Imam al-Nawawi dalam Sharh Sahih Muslim (judul buku: Huraian hadis-hadis Sahih Muslim) berkata: Ia nas dalil bagi larangan memohon doa keampunan kepada orang-orang kafir.”

Berkata hamba yang dho’if:

Hadith ini diriwayatkan oleh Muslim dengan lafaz:

عَنْ حَمَّادِ بْنِ سَلَمَةَ عَنْ ثَابِتٍ عَنْ أَنَسٍ أَنَّ رَجُلاً قَالَ: يَا رَسُوْلَ اللهِ أَيْنَ أَبِي؟ قَالَ: فِي النَّارِ، فَلَمَّا قَفَّى دَعَاهُ، فَقَالَ: إِنَّ أَبِي وَأَبَاكَ فِي النَّارِ.

Daripada Hammad ibn Salamah daripada Thabit, daripada Anas ibn Malik RA: “Sesungguhnya seorang lelaki bertanya kepada Rasulullah SAW, "Wahai Rasulullah! Di manakah bapaku?" Rasulullah SAW menjawab, "Di dalam neraka." Tatkala lelaki tersebut berpaling, Rasulullah SAW memanggilnya lalu berkata, "Sesungguhnya bapaku dan bapamu di dalam neraka.”

Maka yang difokuskan oleh Ustaz Ravi di sini ialah pada maksud lafaz hadith: “Sesungguhnya bapaku dan bapamu di dalam neraka.” Maka dengan tergesa-gesa selepas itu beliau mengeluarkan hukum ayahanda Nabi mati dalam kekufuran.

Para ahli hadith mengesahkan bahawa lelaki yang bertanya kepada Rasulullah SAW itu ialah seorang 'Arabi (badwi). Pendapat ini disepakati berdasarkan hadith yang menceritakan kisah yang sama, yang diriwayatkan oleh Mu’ammar daripada Thabit. Tetapi, perbezaan di antara kedua-dua jalan ialah hadith yang diriwayatkan melalui jalan Mu’ammar tidak mempunyai lafaz:

إِنَّ أَبِي وَأَبَاكَ فِي النَّارِ

“Sesungguhnya bapaku dan bapa kamu di dalam neraka.”

Maka faedah ilmiah yang pertama yang kita perolehi di sini ialah lafaz di atas tidak disepakati oleh para perawi.

Hadith yang diriwayatkan oleh Mu’ammar tanpa lafaz tersebut lebih diyakini dari aspek riwayat dan lafaz, menurut ahli hadith, Mu’ammar adalah seorang yang lebih terpeliharan hafazannya dan dia tidak menerima sebarang kritikan dari ulama’ Jarah dan Ta’dil. Tambahan lagi al Bukhari dan Muslim bersepakat dalam menyatakan keyakinan mereka terhadap Mu’ammar. Ini berbeza dengan situasi Hammad yang hanya diyakini oleh Muslim tetapi tidak di sisi al Bukhari.

Katakanlah lafaz Hammad ibn Salamah dalam Sohih Muslim di atas adalah dari lafaz Nabi SAW sendiri, maka ia tidak juga boleh dijadikan sandaran dalam menghukum kekufuran ayah Nabi SAW kerana ‘illah dari aspek matan menunjukkan bagaimana Rasulullah SAW menggunakan teknik dan kaedah yang membawa erti kesamaran supaya keadaan menjadi lebih tenang dan terkawal. Rasulullah SAW menggunakan lafaz persamaan kedudukan bagi kedua-dua bapa dengan tujuan-tujuan tertentu. Di antaranya:

1) Apabila Rasulullah SAW menyatakan persamaan kedudukan kedua-dua bapa mereka di dalam neraka, wujud persamaan dan tautan hati lelaki 'Arabi terhadap Rasulullah SAW dan lebih bersemangat untuk mendalami ajaran Islam.

2) Sekiranya Rasulullah SAW menyatakan bahawa bapa 'Arabi tersebut di dalam neraka, sedangkan bapa Baginda SAW di dalam syurga, maka lelaki 'Arabi itu akan merasakan jurang perbezaan di antara mereka berdua dan dikhuatiri perkara ini akan menyebabkan lelaki 'Arabi tersebut lari menjauhi Islam serta kembali murtad.

3) Sekiranya Rasulullah SAW membezakan kesudahan bagi kedua-duanya, dikhuatiri lelaki 'Arabi yang terkenal dengan sikap degil dan keras hati akan mengeluarkan kata-kata sumpahan dan caci-maki terhadap Rasulullah SAW yang bakal mengundang laknat dan kemurkaan Allah SWT.

4) Teknik yang dilakukan oleh Rasulullah SAW bertujuan untuk mengelakkan fitnah dan sebarang kejadian yang tidak diingini terhadap kaum 'Arabi dan kaum kerabatnya. Ini juga bertujuan untuk menarik lebih ramai kaum kerabat lelaki 'Arabi tersebut memeluk Islam.

Sekiranya kita mengkaji dengan meluas, terdapat banyak lafaz-lafaz dari hadith Nabi SAW yang menunjukkan gaya kaedah sebegini. Kerana Nabi SAW adalah seorang yang bijak dalam berdakwah dan berbicara dengan manusia sekadar mana pencapaian akal para pendengarnya. Apabila berurusan dan berbicara dengan orang arab badwi, maka mu’amalah Nabi SAW lebih lembut, mengalah, bertolak ansur dan lunak berbanding dengan mereka yang telah lama memahami serta mendalami Islam.

Faedah ilmiah yang lain yang dapat kita kutip ialah menurut al Hafiz al Suyuti juga, hadith sohih yang diriwayatkan oleh Imam Muslim ini diriwayatkan oleh Hammad ibn Salamah dengan makna, bukan dengan lafaz. Manakala lafaz:

إِنَّ أَبِي وَأَبَاكَ فِي النَّارِ

Merupakan lafaz yang tidak disepakati oleh para perawi dari jalan hadith yang lain. Berdasarkan riwayat Mu’ammar daripada Thabit pula, tidak kedapatan lafaz di atas, akan tetapi diriwayatkan dengan lafaz yang lebih umum.

Dalam riwayat yang lain, dikeluarkan oleh al Bazzar dalam Musnadnya dan al Tabrani di dalam al Mu’jam al Kabir dengan sanad rijal yang sohih, daripada Sa’ad ibn Abi Waqqas:

أَنَّ أَعْرَابِيًّا أَتَى النَّبِيَّ (ص) فَقَالَ: يَا رَسُوْلَ اللهِ أَيْنَ أَبِي؟ قَالَ: فِي النَّارِ. قَالَ: فَأَيْنَ أَبُوْكَ؟ قَالَ: حَيْثُ مَرَرْتَ بِقَبْرِ كَافِرٍ فَبَشِّرْهُ بِالنَّارِ.

“Sesungguhnya seorang 'Arabi datang bertemu Nabi SAW lalu bertanya, "Wahai Rasulullah! Di manakah bapaku?" Rasulullah SAW menjawab, "Di dalam neraka." Maka lelaki Badwi tadi bertanya pula, "Di mana pula bapamu?" Rasulullah SAW menjawab, "Tatkala kamu berjalan berhampiran kubur seorang kafir, beritakan kepadanya bahawa dia di dalam neraka.”

Hadith yang diriwayatkan dari jalan Sa’ad ibn Waqqas ini secara jelas menerangkan kepada kita bahawa lelaki yang bertanya soalan kepada Rasulullah ini adalah seorang badwi yang dikhuatiri akan murtad disebabkan imannya yang masih belum benar-benar mantap, ditambah pula kefahamannya mengenai Islam masih cetek.

Ulama’ menyatakan bahawa lafaz “Abi” di dalam riwayat Muslim bukanlah ditujukan kepada Abdullah. Kerana tradisi masyarakat arab mereka memanggil ayah, bapa saudara dan datuk dengan gelaran “Abi”. Ini yang harus kita fahami dengan jelas.

Maka jika benarlah lafaz ini datangnya dari Rasulullah SAW, maka sesetengah ulama’ menyatakan bahawa yang dimaksudkan oleh Rasulullah SAW dengan lafaz ‘Abi’ tersebut bermaksud bapa saudaranya iaitu Abu Tolib.

Menurut pendapat guru saya di Mesir, al Mufassir Dr. Judah al Mahdi al Husaini (Naib Rektor al Azhar), beliau menyatakan mengapa tidak lafaz itu ditujukan kepada Abu Lahab kerana kekufurannya adalah jelas, kedudukannya di dalam neraka adalah thabit dengan nas yang qot’i (Surah al Masad) dan dia juga adalah merupakan bapa saudara Nabi.

Maka adalah tidak sayugia menghukum aqidah bapa Nabi SAW dengan dalil Zonniyah al Dilalah.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Berkata Ustaz Ravi:

“Perbincangan berkisar tentang isu ibu bapa Nabi tidak terlepas dari azab neraka telah berlangsung secara panjang lebar oleh al-Allamah Ibrahim al-Halabi dalam buku Risalah Mustaqillah dan al-Allamah al-Qari dalam bukunya Sharh al-Fiqh al-Akbar.”

Mereka berdua berdalilkan nas hadis sahih ini: (Sesungguhnya bapaku dan bapamu berada di neraka).

Berkata hamba yang dho’if:

Semoga Allah memberikan petunjuk buat saya dan Ustaz Ravi. Dengan izin Allah saya menyatakan: Sesungguhnya pendapat Mula Ali al Qari telah dinyatakan di dalam Syarh al Fiqh al Akbar. Akan tetapi beliau telah menarik balik pendapatnya mengenai bapa Nabi berada di dalam neraka di dalam kitab Syarah Syifa al Qadhi ‘Iyadh yang ditulis olehnya. Di antara pendapatnya di dalam kitab tersebut bermaksud lebih kurang:

“Adapun pendapat yang benar mengenai kesudahan ibu bapa Nabi ialah berdasarkan apa yang telah dinyatakan oleh al Suyuti dalam 3 buah risalah yang dikarangnya.”

Tiga buah risalah tersebut pada pengetahuan saya (hamba yang dho’if) ialah Masalik al Hunafa fi Walidayy al Mustofa, al Ta’zhim wal Minnah fi Anna Abawayy Rasulillah fil Jannah dan al Yaqin fi Najaati Abawayy Sayyidil Mursalin. Saya juga ada mengira bahawa al Suyuti telah menulis 5 risalah khusus mengenai permasalahan ini.

Semoga Allah mempermudahkan beliau menemui kitab tersebut.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Berkata Ustaz Ravi:

“Hanya Al-Suyuti bertentang pendapat dengan para ulama hadis bertaraf hafiz dan ulama-ulama muktabar tersebut kerana beliau memilih pendapat ibu bapa nabi Muslim dan terlepas daripada azab neraka dalam penulisannya seperti 'al-Ta'zim wa al-Minat fi anna Abaway Rasulullah SAW fi al-Jannah'.”

Berkata hamba yang dho’if:

Seolah-olah Ustaz Ravi menyatakan al Imam al Suyuti bukanlah berdarjat al Hafiz dalam bidang hadith. Selayaknya beliau menyebut sebagai al Hafiz al Suyuti kerana al Suyuti dan al Hafiz al Sakhawi kedua-duanya adalah murid kepada Amirul Mu’minin fil Hadith al Hafiz Ibnu Hajar al Asqalani. Bahkan sesetengah ulama’ menyatakan bahawa al Suyuti lebih kuat hafazan dan kemahirannya dalam bidang hadith daripada al Sakhawi.

Kekeliruan di sisi Ustaz Ravi di sini ialah apabila ulama-ulama’ hadis dan muktabar menolak hadith tersebut (dihidupkan ibu Nabi) maka, beliau mengheret permasalahan ini kepada permasalahan kufurnya ibu Nabi SAW.

Seolah-olah ulama hadith yang tidak menerima hadith-hadith yang dikatakan maudhu’ itu secara automatik turut mengiktiqadkan kekufuran ayah dan ibu Nabi SAW.

Para ulama’ hadith yang menilai hadith tersebut mendapati ia adalah hadith rekaan (maudhu’) dan tidak boleh dijadikan dalil bagi menyatakan keislaman ayah dan ibu Nabi. Ini tidaklah bermaksud tiadanya dalil lain yang diterima dalam menyatakan keislaman mereka.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Berkata Ustaz Ravi:

“Kesimpulannya, nas-nas yang sahih mengesahkan ibu bapa nabi berada di neraka memberi fahaman bahawa mereka itu meninggal dunia berstatus kafir.”

Berkata hamba yang dho’if:

Semoga Allah merahmati ilmu dan ulama’. Ini adalah suatu tindakan kurang teliti, tergesa-gesa, mujazafah dan melulu. Bagaimana beliau begitu cepat menghukum tentang kesudahan ayah dan ibu Nabi SAW berada dalam neraka kerana kekafirannya. Di mana ustaz Ravi dengan firman Allah:

وَمَا كُنَّا مُعَذِّبِيْنَ حَتَّى نَبْعَثَ رَسُوْلاً

“Tidaklah kami mengazab sesuatu kaum melainkan setelah kami utuskan seorang Rasul”

Moga-moga Ustaz Ravi mengkaji dan mengetahui sirah Nabi bilakah Abdullah dan Aminah meninggal dunia. Sekiranya beliau masih berterusan menyatakan kekafiran ayah dan ibu Nabi, maka hendaklah beliau sedikit beradab dengan menyatakan bahawa ibu bapa Nabi SAW tergolong di kalangan Ahli Fatrah (zaman yang tiada perutusan Rasul) yang terselamat dari api neraka menurut pendapat yang sohih di sisi jumhur Ahli Sunnah Wal Jama’ah.

PENUTUP

Imam Baijuri menyatakan dalam Tuhfah al Murid ‘ala Jauharah al Tauhid:

“Apabila kamu telah mengetahui bahawa Ahli Fatrah adalah golongan yang terselamat (di akhirat) menurut pendapat yang terpilih, maka kamu juga akan mengetahui bahawa kedua ayahanda dan bonda Rasulullah juga terselamat, disebabkan mereka juga tergolong dari kalangan Ahli Fatrah. Bahkan, semua nenek-moyang Rasulullah terselamat dan dihukumkan sebagai generasi yang beriman dan tiada seorang pun di antara mereka yang (terjebak di dalam kancah) kekufuran, kekotoran serta perkara-perkara yang mengaibkan (menjatuhkan maruah) yang dilakukan oleh kaum Arab Jahiliyyah."

Dikeluarkan oleh Abu Nu'aim di dalam Dalail al Nubuwwah dari jalan al Zuhri daripada Ummu Sama’ah binti Abi Ruhm, daripada ibunya berkata: Aku telah menyaksikan Aminah bonda Rasulullah ketika gering dan Muhammad ketika itu berusia 5 tahun duduk di sisi kepalanya. Maka Aminah memandang wajahnya seraya berkata:

“Semoga Allah memberkatimu dari kecil, wahai anak dari ayahandanya (Abdullah) yang ditaqdirkan mati, tetapi telah terselamat dengan pertolongan Allah Raja Yang Memberikan Nikmat, dia telah ditebus pada keesokan paginya ketika hendak disembelih dengan seratus ekor unta yang mahal. Sekiranya benar apa yang telah aku saksikan ketika tidur, engkau akan diutuskan kepada sekalian makhluk; dari sisi Tuhan Yang Mempunyai Keagungan dan Kemuliaan; Engkau akan diutuskan di Tanah Halal dan Haram; diutuskan juga dengan kebenaran dan Islam, agama datukmu Ibrahim yang mulia, maka Allah telah menghalangmu daripada mendekati berhala supaya kamu tidak menyembahnya bersama kaum Jahiliyyah.

Setiap yang hidup pasti akan mati, setiap yang baru pasti akan buruk, setiap yang banyak pasti akan habis, dan aku akan pergi tetapi namaku akan kekal, sesungguhnya aku telah meninggalkan kebaikan dan melahirkan anak yang suci.”

Dari kata-kata Aminah tersebut, dapatlah disimpulkan bahawa beliau beriman dengan agama Nabi Ibrahim AS seperti yang bakal diteruskan oleh puteranya Rasulullah SAW.

MENGAPA PERLU MENYAKITI RASULULLAH?

Al Qadhi Abu Bakar al ‘Arabi al Maliki suatu ketika ditanya perihal seorang lelaki yang mengatakan bahawa bapa dan datuk Nabi SAW berada di dalam neraka. Maka beliau menyatakan sesungguhnya lelaki tersebut dilaknat. Sesungguhnya Allah berfirman:

إِنَّ الَّذِيْنَ يُؤْذُوْنَ اللهَ وَرَسُوْلَهُ لَعَنَهُمُ اللهُ فِي الدُّنْيَا وَالآخِرَةِ وَأَعَدَّ لَهُمْ عَذَابًا مُّهِيْنًا

“Sesungguhnya mereka yang menyakiti Allah dan RasulNya, mereka dilaknat oleh Allah di dunia dan akhirat serta disediakan bagi mereka azab yang menghinakan.”

Beliau menyatakan lagi: Dan tiadalah perkara yang lebih menyakitkan Rasulullah SAW selain menyatakan bapa Baginda diazab di dalam neraka.

وَاللهً الْمُسْتَعَانُ

Al Abdu al Dho’if,
-Mujahid Abdul Wahab-

Thursday, May 13, 2010

MUSIM PEPERIKSAAN PENGGAL SUDAH BERMULA, BERSEDIALAH PELAJAR - PELAJAR MADRASAH ISLAMIAH BANDAR KUCHING.

BERSEDIALAH PELAJAR - PELAJAR MADRASAH ISLAMIAH BANDAR KUCHING!!!

TEMPUHILAH PEPERIKSAAN PENGGAL INI DENGAN CEKAL & TABAH!!!

Wednesday, April 28, 2010

Khitobah.........

MAJLIS KHITOBAH YANG TERAKHIR UNTUK PENGGAL PERTAMA.

MAJLIS KHITOBAH TERAKHIR UNTUK PENGGAL PERTAMA TAHUN 2010 DI MADRASAH ISLAMIAH BANDAR KUCHING.


PENGERUSI MAJLIS:
Mohd. Izzat


PEMBACA AL -QURAN:
Mohd. Taufiq B. Zulkipli




PEMBACA - PEMCABA KHITOBAH:

1. Hj Haziq Ahmad Zaki B. Mohamad Zulkipli - Tsanawi III
2. Siti Fara Bte Mohd. Nor - Tsanawi II
3. Fakhrur Razi B. Abdul Rahim - Tsanawi II
4. Adie Fuad B. Shafie



CERAMAH KHAS:

Al - Fadhil Us. Mustofa B. Ali Al - Haddad

Tuesday, April 20, 2010

Bulan Rejab


-------------------------------------------------------------------
Bulan Rejab : apakah fadilatnya melebihi dari bulan-bulan yg lain?
-------------------------------------------------------------------
Bulan Rejab merupakan salah satu bulan dari 12 bulan-bulan Islam.
Bulan Rejab mengandungi peristiwa-peristiwa bersejarah kepada orang
Islam di mana berlakunya peperangan Tabuk, pembebasan Al-Aqsa dari
tangan tentera Salib dan juga ada orang Islam yang berpendapat
bahawa bulan inilah berlakunya peristiwa Isra' dan mi'raj Nabi
Muhammad saw. Tidak kurang juga ramai yang melihat bulan Rejab ini
sebagai satu bulan spiritual di mana mereka mempertingkatkan ibadat
sunat khususnya ibadat puasa.
Tarikan dan seruan yg ditiup kedalam jiwa umat Islam Nusantara
terutamanya untuk melakukan ibadat kebanyakkannya dipengaruhi oleh
penyebaran beberapa hadis-hadis yg mengandungi Fadilat-Fadilat
beribadat di dalam bulan ini. Jelas terlihat dari segi jualan buku-
buku kecil yg mengandungi fadilat-fadilat bulan Islam begitu laris
dipasaran menjelang bulan Rejab.
Begitu juga di zaman era Internet ini (ICT), e-mail dan maling list
yg diforwardkan mengandungi 'cut & paste' dari fadilat-fadilat Rejab
yg terkandung di dalamnya. Rata-rata tarikan fad'il (fadilat-fadilat)
inilah merupakan faktor penarik kepada kebiasaan orang awam untuk
melakukan ibadat sunat. Injeksi faktor ini dapat kita lihat dengan
jelas penerapannya di dalam budaya Melayu-Islam seperti rangkap-
rangkap sya'ir di bawah ini:[1]
Rejab bulan menabur benih
Sya'ban bulan menyiram tanaman
Ramadan bulan menuai
Rejab menyuci badannya
Sya'ban menyucikan hati
Ramadan menyucikan rohnya
Rejab bulan marghfirah
Sya'ban bulan syafaat
Ramadan bulan menggandakan kebajikan
Rejab bulan taubat
Sya'ban bulan muhibbah
Ramadan dilimpahi pahala amalan seperti hujan mencurah
banyaknya
Rejab digandakan 70 pahala
Sya'ban diganda 700 pahala
Ramadan diganda 1000 pahala
Mungkin timbul beberapa persoalan yg tersimpan di dalam lubuk hati
kita: -mengapa bulan Rejab sahaja yg dipilih mempunyai kelebihannya?
Pernah atau tidak kita terfikir yg mungkin berita-berita ini ditokok
tambah (exaggerate) oleh manusia biasa yg bercakap atas nama Nabi
saw? Mengapa di dalam bulan ini terdapat solat-solat khas, zikir-
zikir khas dan juga waktu-waktu khas untuk melakukan peribadatan? Di
sini kita ingin membawa beberapa penjelasan dari ulama'-ulama'
muktabar dan kontemporari mengenai kesahihan fadilat yg terdapat
didalam bulan itu sendiri, dan apakah sebenarnya fadilat yg
terkandung didalam Rejab.
-------------------
Bulan Rejab merupakan satu bulan dari bulan-bulan Haram
Bulan Rejab merupakan salah satu dari bulan-bulan 'Haram' didalam
Islam. Dalilnya terdapat di dalam Firmah Allah swt di dalam Surah Al-
Taubah ayat 9: "Sesungguhnya bilangan bulan-bulan di sisi (hukum)
Allah ialah dua belas bulan, (yang telah ditetapkan) dalam Kitab
Allah semasa Dia menciptakan langit dan bumi, di antaranya empat
bulan yang dihormati.
Ketetapan yang demikian itu ialah agama yang betul lurus, maka
janganlah kamu menganiaya diri kamu dalam bulan-bulan yang dihormati
itu (dengan melanggar laranganNya) dan perangilah kaum kafir musyrik
seluruhnya sebagaimana mereka memerangi kamu seluruhnya dan
ketahuilah sesungguhnya Allah berserta orang-orang yang bertakwa."
Menurut Tafsir Jalalain, yg dimaksudkan dengan "di antaranya empat
bulan yg dihormati" ialah: "Empat bulan Haram - Zulkaedah,
Zulhijjah, Muharam dan Rejab"[2]
Allah swt telah mengurniakan kepada manusia 4 bulan haram. Bulan-
bulan ini sebagaimana yg disepakati oleh semua ulama' ialah
Zulkaedah, Zulhijjah, Muharam dan Rejab. Umat Islam adalah
diharamkan pergi berperang didalam bulan-bulan ini, kecualilah jika
mereka diugut. Didalam bulan ini terdapatnya ibadat Haji dijalankan
(Zulhijjah), di mana pada hari Arafah disunatkan bagi mereka yg
tidak menunaikan haji melakukan ibadat puasa. Rasulullah saw juga
menggalakan umat Islam melakukan puasa sunat pada hari Asyura' (10
hb Muharam).

Thursday, April 15, 2010

Waspada riwayat Israiliyyat


Kalangan umat Islam sendiri termakan malah langsung tidak menolak kisah-kisah yang dibawakan oleh kaum Yahudi, hanya kerana ada kalangan kaum itu yang telah memeluk Islam. Sedangkan mereka memeluk Islam itu pada sekadar zahirnya sahaja.

Mereka inilah digelar sebagai antara golongan zindik (selain Nasrani, Parsi dan Rom) yang berusaha dengan pelbagai jalan untuk merosakkan agama dan menimbulkan keraguan di kalangan manusia terhadap Islam.

Pernahkah anda mendengar nama Abdullah bin Saba'? Seorang Yahudi yang hina merayau ke seluruh kawasan dan menghasut orang ramai.

Beliau telah menyembunyikan racun yang disebarkannya kononnya cintakan Saidina Ali Abi Talib Karamallahu Wajhah dan Ahli Bait (keluarga Rasulullah).

Abdullah menyebarkan Saidina Ali adalah orang yang memegang wasiat dari Rasulullah, yang kononnya paling layak menjadi Khalifah mengatasi Saidina Abu Bakar dan Saidina Umar Al Khattab.

Abdullah telah menciptakan hadis mauduk (palsu) mengenai Saidina Ali yang berbunyi: "Setiap Nabi adalah aku dan waris aku adalah Ali".

Bukan setakat itu sahaja yang dilakukan oleh Yahudi ini malah dia turut mendakwa bahawa menantu Rasulullah itu adalah Tuhan.

Selaku pemerintah ketika itu Saidina Uthman ibn Affan walaupun terkenal sebagai seorang yang lembut hati, beliau telah mengusir Abdullah bin Saba' yang telah menyebabkan dia lari manakala pada zaman pemerintahan Saidina Ali sendiri, beliau telah menghalalkan darah Yahudi ini untuk dibunuh.

Namun yang menyedihkan ada kalangan umat Islam yang tidak bertapis-tapis lagi terus percaya kepada cerita-cerita Yahudi itu sedangkan ia tidak sahaja suatu pembohongan yang sangat besar dan sedikit sebanyak telah menyebabkan berlaku perpecahan di kalangan umat Islam itu sendiri sedangkan api perpecahan ini sentiasa marak kerana Yahudi tidak pernah diam yang kesemuanya dilakukan kononnya atas nama 'Islam'.

Ketika begitu hebat melanda di zaman pemerintahan Saidina Uthman dan Saidina Ali iaitu sekitar tahun 40-an hijrah, tersebarnya fitnah-fitnah sehingga menjadi satu bencana besar kepada umat Islam. Pertikaian itu sehingga membawa kepada pembunuhan sesama umat yang sehingga zaman itu dikenali sebagai Sighar Al Sahabah dan Kubbar al Tabiiin.

Itu hanya baru satu kisah dari begitu banyak sekali kisah-kisah Israiliyyat dan hadis-hadis mauduk dalam kehidupan umat Islam.

Walaupun sesetengah menganggap kisah-kisah Israilliyyat mahupun hadis mauduk itu tidak lebih sebagai bidaah hasanah namun masih lagi, kedua-dua unsur ini sangat bahaya kepada umat Islam, jika kita tidak berhati-hati.

Ini kerana bayangkan sahaja menurut Hamad bin Zaid, golongan Zindiq sahaja telah menciptakan 14,000 ribu hadis (mauduk) yang menurut Ibnu Qutaibah hadis dari golongan ini sengaja diada-adakan dan mengenai perkara mustahil seperti hadis peluh kuda, hadis malaikat datang untuk ziarah, bekas emas atas unta, hadis Nur al-Ziraian dan sebagainya lagi.

umat Islam

Persoalan mengenai kisah-kisah Israiliyyat dan hadis-hadis mauduk dikupas dengan begitu baik oleh penulis buku ini. Kisah-kisah Israiliyyat itu sendiri seperti dihurai panjang lebar dari aspek makna dan sejarahnya telah sekian lama begitu membarah dalam darah daging umat Islam.

Ini kerana sesetengah meluaskan ruang lingkup Israiliyyat itu sebagai merangkumi semua yang terkandung dalam buku-buku pengetahuan orang Yahudi dan Nasrani yang berkisar sekitar huraian mereka terhadap kitab-kitab Injil, sirah, perjalanan nabi-nabi, rasul dan sebagainya.

"Hanya ini dinamakan sebagai Israiliyyat kerana kebanyakannya adalah datang dari ilmu pengetahuan Bani Israil atau daripada kitab-kitab mereka atau dari cerita dongengan dan batil yang mereka ada-adakan," kata Dr. Muhammad.

Sementara hadis Mauduk atau al Maudhuat mengikut istilah ahli-ahli hadis merupakan hadis-hadis yang sengaja diada-adakan atau direka-reka secara dusta ke atas Rasulullah atau ke atas para sahabat dan para tabiin selepas baginda.

Seseorang itu kata penulis, akan mencipta satu-satu susunan kalam yang kemudian menisbahkannya kepada Nabi Muhammad atau kepada para sahabat dan para tabiin ini tadi.

Sebagai contoh, 'hadis' berikut: "Cintailah orang yang engkau cintai seberapa ringan yang boleh kerana boleh jadi pada suatu hari kelak dia akan menjadi orang yang engkau benci dan bencilah orang yang engkau benci seberapa ringan yang boleh kerana boleh jadi pada suatu hari kelak dia akan menjadi orang yang engkau cintai".

Yang sebenarnya kata-kata itu adalah daripada ucapan Saidina Ali bin Abi Talib.

"Perut ialah rumah penyakit dan perut yang kosong adalah kepala segala ubat". ('Hadis' ini pula sebenarnya adalah kata-kata yang diungkapkan dari seorang doktor Arab yang bernama al Haris bin Kalidah).

Contoh lain lagi yang merupakan kisah-kisah Israiliyyat yang dijadikan hadis (mauduk): "Aku tidak dapat disaingi oleh langit dan bumi-Ku akan tetapi Aku disaingi oleh keluasan hari orang Mukmin".

Imam Ibnu Taimiyyah berkata: Ia adalah dari Israiliyyat kerana tidak mempunyai punca yang diketahui berasal daripada Nabi Muhammad SAW.

"Sesungguhnya umur dunia ialah tujuh ribu tahun". 'Hadis' ini adalah termasuk dalam Israiliyyat.

Buku yang diterjemah dengan baik ini adalah hasil penulisan gigih Dr. Muhammad. Semasa menulis buku ini, beliau ialah Ketua Jabatan Kuliah Usuluddin di Universiti Al Azhar Cawangan Asyut.

Bagi Dr Muhammad, umat Islam amat memerlukan buku yang seperti ini untuk mereka jadikan rujukan utama bagi membolehkan mereka menghilangkan cerita-cerita dongenagan yang dikaitkan dengan tafsiran kitab suci al Quran.

"Golongan Orientalis adalah 'tokoh-tokohnya' dalam kisah-kisah Israiliyyat yang mereka dapati, rekaan-rekaan ini boleh memenuhi keinginan mereka, memuaskan ketaksuban dan marah mereka yang keji serta mengubati jiwa mereka yang sakit dan hasad terhadap Islam, nabinya dan al-Quran.

"Kedengkian dan dendam ini dianggap sebagai lanjutan kepada siri Peperangan Salib yang telah mereka lancarkan terhadap Islam yang masih berlaku sehingga zaman kita ini dengan pelbagai bentuk," kata beliau.

Buku yang ditulis dalam tujuh bab yang utama yang dipecahkan kepada tajuk-tajuk kecil yang sangat relevan. Mungkin Bab 4 adalah yang paling menarik untuk dibaca apabila penulis tidak sahaja memberikan lagi contoh-contoh kisah Israiliyyat seperti Kisah Harut dan Marut, Pembinaan Kaabah Baitullah dan Hajar Aswad dan banyak lagi yang kesemua itu kemudiannya dijelaskan kebenaran sebenar yang seharusnya kita 'imani'.

Penulis benar-benar bertanggungjawab untuk membersihkan nama Rasulullah, para sahabat dan umat Islam amnya dari menjadi bahan fitnah oleh pihak yang berkepentingan sempit dan niat buruk terhadap Islam itu.

Begitu pun seperti yang beliau harapkan bahawa umat Islam hari ini adalah mereka yang mesti mengetahui segala serba aspek kehidupan dan ilmu-ilmu dunia dan akhirat supaya tidak mudah terpedaya terhadap pengaruh-pengaruh Israiliyyat dan hadis maudhuk ini.

"Mereka hendaklah mempunyai pengetahuan tentang kemajuan ilmu dalam bidang perubatan, astronomi, alam semesta, ilmu sosial, ilmu jiwa, ilmu mengenai bangsa-bangsa dan sebagainya supaya ia dapat menguatkan senjata bagi menghapus dan melenyapkan kebatilan Israiliyyat itu," kata Dr. Muhammad.

Benar, jika tidak selama bilapun, jadilah mereka umat yang tertipu dek kejahilan mereka sendiri!

"...demi sesungguhnya sebuah Kitab Suci yang tidak dapat ditandingi, yang tidak dapat didatangi sebarang kepalsuan dari mana-mana arah dan seginya; ia diturunkan dari Tuhan Yang Maha Bijaksana, lagi Maha Terpuji."

(surah Al Fussilat, ayat 41-42)




HJ. HAZIQ AHMAD ZAKI ialah Timbalan Ketua Pelajar & Ketua Biro Dakwah Madrasah Islamiah Bandar Kuching.








Wednesday, April 14, 2010

PENGUMUMAN PENTING!!!

KEPADA WARGA BADAN KEBAJIKAN PENGAWAS MADRASAH ISLAMIAH BANDAR KUCHING, DIMINTA ANDA SEMUA UNTUK BERSEDIA UNTUK MENGENDALIKAN MAJLIS PADA ESOK HARI.


DIMINTA ADA SEMUA AGAR BERSEDIA.




Thursday, April 8, 2010

MAJLIS SAMBUTAN MAULIDUL RASUL

MAJLIS SAMBUTAN MAULIDUL RASUL PERINGKAT MADRASAH ISLAMIAH BANDAR KUHING.



TARIKH: 15 APRIL 2010


TEMPAT: DEWAN TSANAWI I, MADRASAH ISLAMIAH, JALAN HAJI TAHA, KUCHING.


MASA: PUKUL 8.30 PAGI


PESERTA: WARGA MADRASAH ISLAMIAH SAHAJA.


PAKAIAN: BAJU MELAYU DAN SAMPING(LELAKI)

: TUDUNG DAN BAJU KURUNG BIASA(PEREMPUAN)




KESEMUA PELAJAR - PELAJAR MADRASAH ISLAMIAH BANDAR KUCHING WAJIB HADIR KE MAJLIS TERSEBUT.



























































Tamatnya boikot terhadap Islam


Palestin tidak sahaja masih diboikot, malah sehingga November tahun lalu seramai 306 kanak-kanak dan remaja Palestin ditahan dipenjara oleh rejim Israel yang ganas itu.


HAMPIR tiga tahun penuh, tempoh pemboikotan terhadap umat Islam berlalu sudah. Ia dilancarkan pada tahun ketujuh selepas Nabi Muhammad diangkat menjadi Rasul.

Namun pada bulan Muharam tahun ke-10 kenabian baginda, boikot itu berakhir.

Kegagalan boikot itu bukan sahaja kerana surat deklarasi atau perjanjiannya telah reput dimakan anai-anai, tetapi di kalangan kafir Quraish sendiri ada yang tidak merestui tindakan tersebut.

Individu yang memainkan peranan utama membantah boikot itu ialah Hisham bin Amru dari Bani Amir bin Luay.

Tindakan kejam

Dia ialah tokoh dari kalangan pemimpin kafir Quraisy tetapi di hatinya ada bibit-bibit simpati terhadap apa kesengsaraan penganut Islam ekoran tindakan yang mereka lakukan.

Lantas Hisham dikatakan sering membawa masuk secara curi-curi makanan dan lain-lain keperluan ke perkampungan Abu Talib terutama pada waktu malam.

Sehinggalah pada suatu hari beliau terfikir sampai bila tindakan kejam seperti itu ke atas umat Islam akan berterusan?

Perkara itu disuarakan Hisham ketika bertemu Zuhayr bin Abi Umayyah al-Makhzumiy.

Zuhayr merupakan anak saudara kepada Atikah binti Abdul Mutalib, iaitu salah seorang yang sedang menderita akibat pemulauan melampau oleh kafir Quraisy.

"Wahai Zuhayr adakah engkau suka untuk makan dan minum sedangkan saudara maramu, terutama ibumu sendiri dalam keadaan yang engkau sendiri tahu," tanya Hisham.

Zuhayr menjawab: "Jahanam kamu wahai Hisham! Apa yang aku boleh buat, sedangkan aku cuma seorang sahaja? Demi Allah kalau ada seorang lagi yang bersamaku nescaya akanku usahakan membatalkan perjanjian itu!"

Lalu Hisham pun membalas: "Engkau telah pun menemui orang itu!".

Zuhayr bertanya: "Siapakah gerangan orang itu?"

Jawab Hisham: "Akulah orangnya!"

Zuhayr lantas berkata: "Cari lagi orang yang ketiga untuk bersama-sama kita menghentikan pemulauan terhadap Bani Hashim itu!"

Hisham kemudiannya berjaya mengumpulkan lima pembesar kafir Quraish termasuk dirinya untuk membebaskan umat Islam dari sekatan ekonomi itu.

Selain dari Hisham dan Zuhayr tiga lagi ialah Al Mut'im Ibnu al Adiy, Zumaah bin Aswad bin Al Mutalib bin Asad dan Abu al Buhturi (Abu al Bakhtariy) bin Hisham.

Ketiga-tiga mereka dikatakan mempunyai kaitan atau hubungan pertalian saudara dengan umat Islam yang sedang diboikot itu.

Keesokan harinya, kelima-lima mereka menuju ke Mekah bagi membatalkan perjanjian sekatan itu.

Sebaik sampai di hadapan Kaabah, kelima-limanya segera melakukan tawaf, sebanyak tujuh kali dan kemudian tampil di hadapan para pembesar-pembesar Quraisy yang sedang berkumpul.

Lalu Hisham pun berkata dengan suara yang lantang: "Wahai kaum Quraisy, kita sudah bersalah terhadap kaum kita sendiri. Sedarkah tuan-tuan bahawa selama tiga tahun lamanya kita telah memboikot kaum kita sendiri. Tiga tahun lamanya juga kita membiarkan mereka hidup dalam kelaparan dan serba kekurangan.

"Demi Allah, ini suatu yang memalukan, orang lain akan memalukan kita selama-lamanya selepas ini.

"Kita mesti membatalkan perjanjian yang sangat berat sebelah ini.

"Demi Allah aku tidak akan berdiam diri melainkan setelah dikoyakkan lembaran perjanjian yang zalim ini!"

Kata-kata Hisham itu menimbulkan kemarahan para pembesar lain yang hadir terutama Abu Jahal.

Dia bangun membantah kerana sekatan ekonomi itu sudah disepakati antara orang bukan Islam Quraisy.

Kata Abu Jahal, sekatan akan berterusan selagi pengikut-pengikut Nabi Muhammad tidak kembali kepada agama asal mereka, iaitu menyembah berhala!

"Engkau bohong Wahai Hisham! Demi Allah, lembaran perjanjian itu tidak akan dikoyak!" Tegas Abu Jahal.

Kemudian Zamaah bin Al Aswad pun bangun dan berkata: "Demi Allah, engkau lebih pembohong lagi. Kami tidak pernah merestui ketika surat perjanjian itu ditulis!"

Pertolongan Allah

Ini diikuti oleh Abu al Bakhtariy: "Zamaah benar, kami tidak rela dengan apa yang ditulis di dalamnya dan kami tidak memperakuinya."

Ini diikuti oleh al Mut'im bin Adiy yang berkata: "Kamu berdua benar dan bohonglah orang yang berkata lain daripada itu. Kami berlepas diri kepada Allah daripada surat perjanjian itu dan apa yang ditulis di dalamnya."

Tetapi Abu Jahal membalas: "Kamu semua telah merancang dan berpakat untuk membatalkan perjanjian ini. Aku tetap membantah. Sekatan ini mesti diteruskan sehingga Muhammad dan pengikut-pengikutnya sedar yang mereka telah membuat kesilapan besar dengan memeluk Islam itu."

Namun Abu Jahal sebenarnya berseorangan dalam mempertahankan sekatan itu.

Ini kerana pembesar lain yang hador akhirnya termakan dengan kata-kata lima orang pembesar Quraisy itu. Mereka akhirnya bersetuju supaya pemulauan itu ditarik balik.

Akhirnya Al Mut'im menghampiri Kaabah untuk mengoyak perjanjian itu.

Tetapi apa yang didapati ialah surat perjanjian itu yang sebelum ini elok telah dimakan anai-anai kecuali ditinggalkan kalimah Bismikallahumma (Dengan namaMu Ya Allah).

Maka dengan pertolongan Allah juga, surat perjanjian memboikot Rasulullah dan para pengikut baginda akhirnya terbatal dengan sendiri.

Musyrik Mekah sebenarnya telah menyaksikan satu mukjizat atau tanda kebesaran Allah mengenai kebenaran ajaran yang dibawa oleh Nabi SAW itu.

Namun mereka tetap berdegil. Ini sebagaimana disebut oleh Allah dalam surah Al Qamar, ayat 2: Dan kalau mereka (kaum Musyrik) melihat sesuatu mukjizat, mereka berpaling ingkar dan sambil berkata: "(Ini ialah) sihir yang terus menerus berlaku".








HAZIQ AHMAD ZAKI AL - WASLI ialah Timbalan Ketua Pelajar merangkap Ketua Biro Dakwah Madrasah Islamiah Bandar Kuching.

Tuesday, April 6, 2010

Kisah EGM di Madrasah Islamiah.....

EGM tentang Sambutan Maulidul Rasul peringkat MIBK

EGM(iaitu Mesyuarat Agung Luar Biasa atau Extra - Ordinary General Meeting) telah dilaksanakan secara mengejut dan pantas di Madrasah Islamiah pada pagi tadi.

EGM tersebut telah menggulungkan perbahasan mengenai Sambutan Maulidul Rasul, peringkat Madrasah Islamiah Bandar Kuching(MIBK).


Sambungan daripada itu, sila lihat : http://www.madarasahalislamiah.blogspot.com/ untuk kisah sepenuhnya........

Tuesday, March 30, 2010

Kenangan Untuk Kita Semua...

Sekilas tentang kenangan semasa Program Perkampungan Khalifah berlansung beserta dengan Muktamar Agung PERKEPIS

Saudara Penghulu program, Saudara Muhammad Asyraf sedang menyampaikan ucaptama nya.

Pengerusi sementara, Razif Bin Mohamad sedang menyampaikan satu amanat berhubung dengan pemilihan penghulu dan penghuluwati pada permulaan program tersebut...

Perkampungan Generasi Khalifah.....




YB Fadhillah Yusuf menyampaikan cenderamata kepada saudara Muhammad Asyraf, penghulu program pada ketika itu sambil disaksikan oleh Ust. Zamri Bin Mohammad dan YDP PERKEPIS, Khairul Anwar Shazali.


YB Tn Hj Fadhillah menyampaikan ucapan penutup.


Ust. Zamri Bin Mohammad, Pegurus YADIM Zon Sarawak.


Jemaah HEWI yang turt serta di dalam majlis tersebut.


Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, YB Tn Hj Fadhillah Hj Yusuf turt bersama di dalam penutupan majlis tersebut.






YDP PERKEPIS, Bg Khairul Anwar Shazali sedang menyampaikan ucapan khasnya di Pusat Latihan Sarawak, JAKIM, Telaga Air, Kuching.





Dari kiri, Bg Syeed Abdul Hamid Bin Wan Yusuf(Mantan YDP PERKEPIS yang juga Pengerusi Tetap pada ketika itu), Bg Zamri Bin Bali(Mantan Exco Dakwah & Tarbiyyah yang kini adalah Setiausaha Agung PERKEPIS), dan Kak Hamizah Binti Mokhtar(Mantan Timbalan Pengerusi HEWI PERKEPIS yang sekarangnya adalah Naib Yang Di - Pertua III PERKEPIS dan juga Pengerusi HEWI PERKEPIS).


Nota: HEWI bermaksud Majlis Hal Ehwal Siswi atau Majlis Hal Ehwal Wanita Islam.

Inilah Saf Kepimpinan baru PERKEPIS yang telahpun dilantik oleh Majlis Syura pada 28 Mac yang lalu.....

Gambar kenang - kenangan pada 27 Mac yang lalu. Di hujung sekali ialah penulis(memakai songkok dan berbaju melayu biru)

Saudara Yang Di - Pertua Persatuan Kebajikan Pelajar Islam Sarawak(PERKEPIS), Khairul Anwar Shazali yang dilantik semula sebagai YDP bagi pertubuhan NGO Islam itu.

Kepada saudara dan saudari sekalian, nak uruskan projek ni bukannya mudah, ianya perlu dengan kekuatan serta 'Buah Fikiran' yang agak jelas...


Salah satu daripada cara untuk mengerastkan lagi Silaturrahim adalah dengan mengadakan Usrah yang sebegini sederhana...



Penulis ketika berbahas mengenai Ekonomi pada hari muktamar agung tersebut...


Usrah Kumpulan Magas - PERKEPIS.....




Dipostkan oleh Hj Haziq Ahmad Zaki, Timbalan Ketua Pelajar MIBK.


Kisah yang lanjut, sila layari http://www.al-wasli.blogspot.com/