SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU HIJRAH

SALAM MAAL HIJRAH 1432 HIJRIAH DARI KAMI, BADAN KEBAJIKAN PENGAWAS MADRASAH ISLAMIAH BANDAR KUCHING.

OUR ANTHENM........

"MAJU KE HADAPAN SEMUA"


MARILAH KITA UMMAT MUHAMMAD,
UNTUK MAJU KE HADAPAN SEMUA,
MARI KITA BERSATU,
BANGKITKAN SERUAN AGAMA,
YANG KITA CINTAI INI....


SYUHADA PERJUANGANMU DIBERKATI ILAHI,
TERUSKAN MATLAMAT KITA,
MADRASAH ISLAMIAH TERCINTA.....

BADAN KEBAJIKAN PENGAWAS MADRASAH ISLAMIAH BANDAR KUCHING

BADAN KEBAJIKAN PENGAWAS BERTANGGUNGJAWAB DI ATAS KEBAJIKAN PELAJAR - PELAJAR DI MADRASAH ISLAMIAH. OLEH ITU, BADAN KAMI AKAN BERUSAHA SEDAYA - UPAYA UNTUK BEKERJA KERAS LEBIH KE ARAH KESEJAHTERAAN MADRASAH ISLAMIAH BANDAR KUCHING.

Monday, February 22, 2010

Selamat Menyambut Hari Jadi Kepada Hj Haziq Ahmad Zaki...

KAMI DI PIHAK BADAN KEBAJIKAN PENGAWAS MADRASAH ISLAMIAH BANDAR KUCHING MENGUCAPKAN TAHNIAH KEPADA HJ HAZIQ AHMAD ZAKI BIN MOHAMAD ZULKIPLI AL-WASLI YANG MERAIKAN HARI JADINYA YANG KE - 18.



SELAMAT MENYAMBUT HARI JADI!!!....





















Pelajar cemerlang UPSR, PMR dirai

AMPANG 11 Feb. - Sebanyak 574 pelajar di sekitar Parlimen Pandan yang mencatatkan keputusan cemerlang dalam peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Penilaian Menengah Rendah (PMR) diraikan, baru-baru ini.

Daripada jumlah itu, sebanyak 124 daripada mereka adalah penerima anugerah UPSR manakala 268 lagi anugerah PMR.

Seramai 181 lagi murid adalah dari sekolah-sekolah jenis kebangsaan di kawasan Ampang.

Pelajar dari 15 buah sekolah itu diraikan oleh Ahli Parlimen Pandan, Datuk Seri Ong Tee Keat di pekarangan Pusat Khidmat Rakyat Ahli Parlimen Pandan.

Para penerima anugerah itu terdiri daripada 124 pelajar UPSR dan 268 pelajar PMR - kedua-duanya dari sekolah-sekolah di kawasan Pandan sementara 181 lagi pelajar UPSR dari sekolah-sekolah jenis kebangsaan di kawasan Ampang.

Program itu bertujuan menghargai usaha mereka, di samping menyuntik semangat dan motivasi supaya mereka terus cemerlang pada masa hadapan.

Anugerah cemerlang tersebut disampaikan oleh Setiausaha Peribadi kepada Tee Keat, Allan Tan semalam.

Salah seorang penerima, Raja Ahmad Naquiddin berkata, inisiatif yang dilakukan oleh Tee Keat ibarat penyuntik semangat kepadanya untuk melipatgandakan usaha bagi mencapai kejayaan yang lebih cemerlang di masa hadapan.

"Saya akan menjadikan pemberian anugerah ini sebagai pendorong untuk mencapai kejayaan yang lebih cemerlang dalam hidup.

"Saya juga berharap majlis sedemikian rupa akan dapat diadakan saban tahun bagi memberikan motivasi kepada para pelajar untuk berusaha dengan lebih tekun," katanya.

Sementara itu, seorang lagi pelajar, Ho Wen Hui, terkejut apabila diberitahu akan menerima anugerah cemerlang daripada Tee Keat.

Dia menyifatkan anugerah itu sebagai hadiah istimewa kepada dirinya sempena Tahun Baru Cina.

Wen Hui turut menyifatkan inisiatif murni itu sebagai amat baik dalam meningkatkan semangat dan keyakinan pelajar-pelajar.

Di akhir majlis tersebut, jelas terpancar wajah gembira para pelajar-pelajar dan ibu bapa. Ia satu petanda bahawa segala keringat dan jerih-payah yang dicurahkan oleh mereka selama ini, akhirnya berbaloi.


Wednesday, February 17, 2010

Kontrak kewangan Islam

Kontrak kewangan Islam


Wakil-wakil Takaful IKHLAS diterapkan dengan kesedaran perlunya mempraktikkan akhlak dan disiplin sebagai wakil takaful.


ISLAM telah menyediakan garis panduan dalam menggerakkan ekonomi. Ia merangkumi semua kontrak kewangan Islam yang boleh digunakan bagi menjalankan perniagaan. Kontrak-kontrak tersebut mengandungi rukun dan syarat yang perlu dipatuhi demi memastikan hak semua pihak terjamin.

Di sebalik pematuhan kepada rukun dan syarat kontrak, terdapat unsur-unsur lain yang boleh menjayakan objektif kewangan Islam itu. Unsur-unsur tersebut termasuklah aktiviti, pengawal dan pengendali urusan kewangan berkenaan.

Semua unsur tersebut perlu menjunjung nilai dan akhlak sebagaimana yang digagaskan Islam agar sistem kewangan Islam dilihat sebagai sebuah sistem sebenar.

Ini kerana Islam adalah agama yang merangkumi segenap aspek kehidupan manusia. Ia bukan sahaja memerintahkan umatnya berpegang kepada syariah, tetapi menyuruh mereka supaya menganut Islam secara keseluruhan.

Ini jelas dipaparkan dalam surah al-Baqarah, ayat 208 yang bermaksud: Wahai orang-orang yang beriman, masuklah kamu ke dalam Islam keseluruhannya, dan janganlah kamu turut langkah-langkah syaitan. Sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagimu.

Dengan maksud yang lain, sistem kewangan Islam tidak cukup dengan pematuhan terhadap rukun dan syarat dalam aktiviti perniagaan sahaja. Ia memerlukan komitmen pengendali untuk memastikan sikap mereka, persekitaran tempat kerja, budaya dan sebagainya sejajar dengan nilai-nilai Islam.

Ini untuk meningkatkan tahap kepercayaan dan keyakinan masyarakat terhadapnya. Sekali gus ia akan meningkatkan reputasi baik institusi berkenaan dan mendapat hasanah di dunia danhasanah di akhirat.

Sebagai contoh, penulis mengambil Takaful Ikhlas Sdn. Bhd. sebagai rujukan. Takaful Ikhlas telah membuktikan keupayaannya sebagai entiti perniagaan yang begitu cepat berkembang dan pada waktu yang sama memastikan keseluruhan operasinya berlandaskan syariat.

Ia mempunyai visi dan misi yang jelas untuk meletakkan syarikat sebagai pengendali takaful pilihan yang dipandu oleh prinsip syariah.

Visi dan misi inilah yang memacu setiap operasinya agar tidak bercanggah dengan prinsip serta nilai-nilai syariat. Takaful Ikhlas sentiasa merujuk dan mendapatkan nasihat Jawatankuasa (JK) Syariah yang terdiri daripada sarjana-sarjana dalam bidang kewangan Islam.

Bermula dengan proses pengunderaitan, Takaful Ikhlas tidak akan menerima risiko-risiko yang bercanggah dengan syariat seperti kilang arak, premis perjudian dan pusat-pusat hiburan. Sebarang pengeluaran produk juga perlu melalui kelulusan JK Syariah terlebih dahulu.

Sekiranya JK Syariah tidak berpuas hati dengan ciri-ciri produk berkenaan, maka ia akan diperbetulkan semula dan akan diperbincangkan sekali lagi oleh JK Syariah. Setiap pelaburan syarikat pula dipantau secara berterusan oleh jabatan dan badan tertentu sama ada di peringkat dalaman atau luaran.

Sekurang-kurangnya terdapat lima entiti yang mengawal selia proses pelaburan syarikat. Ini termasuklah Jabatan Pematuhan Syariah, Jawatankuasa Syariah, audit dalaman, audit luaran dan Bank Negara Malaysia. Ini menyebabkan semua warga kerja Takaful Ikhlas bertungkus-lumus memastikan semua operasinya berlandaskan syariah kerana ia dikawal ketat oleh entiti-entiti terbabit.

Namun begitu, syariah Islam tidak akan dapat dilaksanakan dengan jayanya melalui prosedur yang ketat semata-mata. Ia perlu bermula dengan kefahaman yang jitu terhadap syariah Islam.

Justeru, dalam menerapkan kefahaman ini kepada warga kerjanya, Takaful Ikhlas secara berterusan membangunkan warganya dengan pelbagai program dan aktiviti pembangunan kakitangan seperti majlis tazkirah mingguan, solat secara berjemaah di tempat kerja, artikel berbentuk tazkirah dan sebagainya.

Di samping operasi dan aktiviti syarikat, pihak syarikat juga memastikan penerapan nilai-nilai syariah Islam dikembangkan dalam persekitaran tempat kerja. Ini termasuklah mewajibkan pekerja menutup aurat, kedudukan pekerja lelaki dan pekerja perempuan diasingkan, membudayakan memberi salam, mengamalkan akhlak-akhlak mulia dan sebagainya.

Selain itu, aktiviti pemasaran juga memainkan peranan penting dalam menyebarkan mesej Islam kepada masyarakat di samping memasarkan produk-produk yang dikeluarkan oleh syarikat.

Justeru, bagi memastikan mereka yang berada di sektor pemasaran ini benar-benar memahami tanggungjawab mereka, maka Takaful Ikhlas mewajibkan wakil-wakil mereka mengikuti kursus-kursus yang memberi kefahaman bagaimana menjadi wakil di sebuah institusi kewangan Islam.

Mereka juga diterapkan dengan kesedaran perlunya mempraktikkan akhlak dan disiplin sebagai wakil takaful. Ini untuk memastikan mereka sentiasa sedar bahawa mereka bukan sahaja ingin membantu masyarakat mendapatkan perlindungan terhadap keluarga dan harta benda, bahkan supaya mereka bertambah yakin dan istiqamah dalam membangunkan sistem kewangan Islam.

Semua ini boleh berlaku di mana-mana institusi atau organisasi asalkan warga institusi atau organisasi berkenaan memahami bahawa Islam adalah agama yang syumul (menyeluruh) dan mereka mempunyai semangat jihad yang tinggi untuk melihat Islam itu berada di tempatnya yang tinggi.

Maka umat Islam perlu mempraktikkannya secara menyeluruh termasuklah dari sudut aktiviti dan akhlak. Mana mungkin sebuah visi yang besar iaitu untuk membangunkan sistem kewangan Islam akan berjaya tanpa pengukuhan kefahaman dan sikap. Nescaya, individu dan institusi yang hanya memilih sudut-sudut tertentu dalam Islam tidak akan diberikan kejayaan oleh Allah SWT.







Roslan Zainuddin,

Mantan Ketua Biro Dakwah & Mantan Ketua Kelab Bahasa Arab Madrasah Islamiah.














Hadis-Hadis Pilihan




Hadis Anas bin Malik r.a:
Nabi s.a.w telah bersabda: Tidak sempurna iman seseorang itu, sebelum dia mengasihi saudaranya atau baginda bersabda: Sebelum dia kasihkan jiran tetangganya, sebagaimana dia kasihkan dirinya sendiri.

-- HR. Muslim

Hadis Abdullah Ibnu Mas'ud r.a:
Diriwayatkan daripada Rasulullah s.a.w, baginda bersabda: Sesiapa yang bersumpah dengan sumpah palsu, sumpah yang boleh menyekat harta seorang muslim, sedangkan dia melakukan kepalsuan dalam sumpahnya itu maka dia akan menemui Allah dalam keadaan yang dimurkai oleh Allah.

-- HR. Muslim

Ya Rasulullah, terangkan tentang Islam dan aku tidak perlu lagi bertanya-tanya kepada orang lain. Nabi Saw menjawab, "Katakan: 'Aku beriman kepada Allah lalu bersikaplah lurus (jujur)'."

-- HR. Muslim

Nabi Muhammad saw dalam satu hadis, baginda berkata; Sesungguhnya Allah telah memaafkan kesalahan-kesalahan umatku yang tidak disengaja, kerana lupa dan yang dipaksa melakukannya"[11] .” [11] HR. Ibnu Majah, Baihaqi- hadits hasan

“Aku telah mengamati kaum muslimin; tidak seorang pun meninggalkan solat kecuali orang munafik yang telah diketahui kemunafikannya, atau orang sakit. Namun orang yang sakit akan berjalan di antara dua orang (dipapah) untuk melaksanakan solat”. Ibnu Mas’ud berkata: “Sesungguhnya Rasulullah saw mengajarkan kami sunah-sunah itu adalah solat di masjid yang diserukan azan di dalamnya.”

-- H.R Muslim dan Abu Daud

Akan senantiasa ada sekelompok orang dari umatku yang terang-terangan di atas kebenaran, tidaklah membahayakan mereka orang-orang yang menghina mereka sampai datang perintah Allah (angin dingin yang mencabut nyawa setiap orang yang memiliki keimanan menjelang kiamat.

-- HR. Muslim


Bukanlah dari kami orang-orang yang menyeru kepada assabiyyah, berperang atas dasar assabiyyah dan mati kerana (mempertahankan) assabiyyah.

-- HR. Abu Daud
Hadis Jarir bin Abdullah r.a katanya:
Aku berbaiah kepada Rasulullah s.a.w untuk selalu mendirikan sembahyang, mengeluarkan zakat dan memberi nasihat baik terhadap setiap Muslim.

-- HR. Muslim

Hadis Abdullah bin Umar r.a:
Nabi bersabda: Sesiapa yang menghunuskan pedang kepada kami, maka dia tidak termasuk dalam golongan kami.

-- HR. Muslim

Tidak dibolehkan bagi seorang muslim menakut-nakutkan seorang muslim yang lain.

-- HR. Abu Daud


Sesungguhnya seorang hamba yang bercakap sesuatu kalimah atau ayat tanpa mengetahui implikasi dan hukum percakapannya, maka kalimah itu boleh mencampakkannya di dalam Neraka lebih sejauh antara timur dan barat.

-- HR. Bukhari

Orang mu’min bukan seorang pencela, bukan seorang pengutuk, bukan seorang yang pengkeji dan bukan juga seorang yang berkata kotor.

-- HR. at-Tirmidzi

Hadis Ma'qil bin Yasar r.a:
Aku pernah mendengar Rasulullah s.a.w bersabda: Sesiapa yang ditaklifkan oleh Allah untuk memimpin rakyatnya lalu mati dalam keadaan menipu rakyat, nescaya Allah mengharamkan ke atasnya Syurga.

-- HR. Muslim

Monday, February 8, 2010

Pengalaman Mendaki Gunung Santubong



oleh
Hj Haziq Ahmad Zaki bin Mohamad Zulkipli Al-Wasli.

Dalam pada tahun 2010 yang serba moden ini, sudah tentu kemudahan banyak diperoleh. Apa yang paling mudah yang ada pada zaman moden globalisasi ini ialah kita boleh berhubung dengan seseorang dengan duduk di kerusi sahaja tanpa berjalan ke 'telefon awam' untuk menghubungi seseorang. Apa yang ada pada zaman ini juga ialah macam - macam kemudahan sudah ada dan macam - macam pengangkutan - pengangkutan elektronik sudah wujud. Ini kerana ketajaman fikiran manusia yang tidak terbatas pada zaman ini. Tetapi adakah masih boleh lagi mereka membuat sesuatu kerja yang dilakukan oleh orang - orang pada zaman dahulu?


Sudah tentu boleh!


Apa yang saya maksudkan ini ialah di mana kerja ini adalah kerja yang masih dilakukan oleh orang - orang kita pada masa kini yang pernah dilakukan juga oleh orang - orang yang dahulu.


Kerja tersebut ialah mendaki gunung.



Hari ini, penulis cuba untuk menceritakan pengalamannya semasa mendaki gunung yang begitu tinggi itu. Penulis pernah naik buat kali pertamanya pada Julai tahun 2009, iaitu pada tahun lepas. Semasa hendak naik, penulis memang rasa penat dan lelah, namun tidak akan berasa kalah!




Penulis juga menganggap ianya adalah kebiasaan untuk seseorang menuju ke arah kejayaan. Itulah lumrak kehidupan yang sebenar, bila kita hendak mencapai satu kejayaan, kita haruslah menempuh apa yang kita lalu itu, itulah dinamakan 'pengorbanan'. Namun apabila hendak turun, penulis tercedera ringan di bahagian kaki. Itulah lumrah sesuatu perjuangan yang kadangkala apabila sesuatu ujian menimpa kita, kita harus menerimanya secara terbuka. Janganlah berdolak dalih!. Bak kata pepatah, 'Hendak Seribu Daya, Tak Nak Seribu Dalih'.



Mengenai kisah pendakian penulis ke gunung santubong buat kali kedua, iaitu pada hari Ahad, Febuari 2010 yang lalu, amat terkejut apabila kereta sahabat - sahabat penulis yang turut dinaiki oleh penulis membelok ke arah yang berlainan daripada lokasi pendakian pertama penulis. Penulis pun amat terkejut, namun penulis pun turut serta juga untuk mendaki gunung dekat jalan yang berbeza berbanding kali pertama penulis naik ke gunung. Penulis pun duduk sambil kehairanan, tapi bagi penulis pada masa itu, tidak mengapa, janji 'Sami'na Wa Ato'na'(mendengar dan mentaati). Penulis pun ikut sama untuk mendaki gunung dan juga pada masa itu, penulis lah yang palig belakang sekali. Penulis tak kisah dia berada di belakang, dia sendiri yang mahu. Penulis juga ikut sehinggalah penulis dan rakan - rakannya berhenti di sesuatu tempat. Tidak diketahui sangat tempat itu, penulis dan sahabat HAMPIR -HAMPIR SESAT JALAN!.



Perasaan SUSAH HATI penulis memang ada pada masa itu, tapi penulis tawakal kepada Allah sahaja pada masa itu. Mujurlah ada sebuah papan tanda yang langsung tidak penulis perasan yang papan tanda tersebut belakang tubuhnya saja. Penulis menjerit lalu menunjukkan papan tanda itu kepada rakan - rakannya. Oleh kerana masa terlalu pantas berlalu, ketua rombongan pada masa itu membatalkan hasratnya untuk mendaki sampai ke puncak. Mendengar kenyataan itu, penulis terfikir dan berasa bersyukur kerana sudah sampai ke puncak buat kali pertama. Penulis berkata kepada salah seorang rakannya, "Sik pa mun kamek sik nait, kamek dah nait ke puncak ya pada tahun lepas" (Tak apa kalau saya tak naik, kerana saya dah naik ke puncak itu pada tahun lepas). Penulis berasa sedikit lega, tetapi berasa sedikit tidak puas hati kerana tidak dapat sampai ke puncak buak kali kedua. Penulis dengan rakan rakannya pun turun ke bawah untuk berehat di sebuah sungai. Penulis dan rakan - rakan kemudiannya mengambil wuduk dan menunaikan solat Zuhur. Selepas itu, barulah penulis balik...........










www.citrasutra.blogspot.com





Hj Haziq Ahmad Zaki bin Mohamad Zulkipli Al-Wasli sekarang ini ialah Timbalan Ketua Pelajar Madrasah Islamiah selaku Ketua Biro Dakwah Madrasah islamiah.

Friday, February 5, 2010

Tangan bersih hindar penyakit



Murid-murid Sekolah Kebangsaan Desa Pandan, Kuala Lumpur diajar mencuci tangan yang betul sebagai langkah mencegah penularan wabak H1N1.


KEBERSIHAN tangan sangat penting untuk mengurangkan risiko jangkitan ke atas diri sendiri, keluarga atau komuniti secara umumnya.

Menyedari kepentingan membasuh tangan, rangkaian sabun antibakteria Antabax melancarkan program kesedaran dan Pendidikan Antabax - Tangan Bersih, Mencegah Penyakit di Sekolah Kebangsaan Desa Pandan, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Program yang mendapat kerjasama Kementerian Kesihatan itu bertujuan mendidik lebih kurang 150,000 murid dari 150 sekolah rendah di seluruh negara tentang kepentingan membasuh tangan sebagai langkah mencegah penularan wabak selesema babi atau Influenza A (H1N1).

Selain itu, ia juga bertujuan menyokong matlamat kementerian supaya setiap rakyat sama ada pelajar mahupun ibu bapa mereka sentiasa berhati-hati dalam menghadapi ancaman wabak tersebut.

Majlis pelancaran kempen itu disempurnakan oleh Timbalan Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan (Kesihatan Am), Datuk Dr. Hasan Abdul Rahman.

Pada program berkenaan, semua pelajar didedahkan dengan sesi taklimat dan demonstrasi mengenai cara membasuh tangan yang betul.

Mereka juga ditunjukkan tujuh kaedah yang betul untuk membersihkan tangan.

Pelbagai ekspresi ditunjukkan oleh murid-murid saat mengikuti demonstrasi yang dijalankan. Ada yang terpinga-pinga dan tidak kurang juga yang melakukan dengan bersungguh-sungguh.

Sementara itu, menurut Hasan, pelbagai langkah mudah boleh dilakukan orang ramai untuk kekal sihat seperti mengamalkan kebersihan diri yang sempurna.

Ini termasuklah kerap mencuci tangan dengan sabun dan air, menutup mulut dan hidung dengan tisu semasa batuk atau bersin, membuang tisu yang sudah digunakan, tidak keluar rumah apabila sakit, mengelak menyentuh mata, hidung dan mulut serta mengehadkan hubungan dengan individu yang sakit.

"Langkah-langkah itu mampu mengurangkan risiko penularan penyakit berjangkit seperti selesema. Penularan penyakit berjangkit seperti demam selesema juga boleh berlaku melalui sentuhan.

"Kementerian Kesihatan turut menasihati orang ramai supaya mengamalkan cara hidup sihat, mengambil diet seimbang dan senaman yang cukup untuk meningkatkan daya ketahanan diri bagi melawan penyakit," katanya.

Hasan berharap dengan terlaksananya kempen itu ia dapat menerapkan sikap menjaga kebersihan diri di kalangan kanak-kanak sebagai satu amalan berterusan.