Wednesday, April 28, 2010
Khitobah.........
MAJLIS KHITOBAH TERAKHIR UNTUK PENGGAL PERTAMA TAHUN 2010 DI MADRASAH ISLAMIAH BANDAR KUCHING.
PENGERUSI MAJLIS:
Mohd. Izzat
PEMBACA AL -QURAN:
Mohd. Taufiq B. Zulkipli
PEMBACA - PEMCABA KHITOBAH:
1. Hj Haziq Ahmad Zaki B. Mohamad Zulkipli - Tsanawi III
2. Siti Fara Bte Mohd. Nor - Tsanawi II
3. Fakhrur Razi B. Abdul Rahim - Tsanawi II
4. Adie Fuad B. Shafie
CERAMAH KHAS:
Al - Fadhil Us. Mustofa B. Ali Al - Haddad
Tuesday, April 20, 2010
Bulan Rejab
------------------------------------------------------------------- Bulan Rejab : apakah fadilatnya melebihi dari bulan-bulan yg lain? ------------------------------------------------------------------- Bulan Rejab merupakan salah satu bulan dari 12 bulan-bulan Islam. Bulan Rejab mengandungi peristiwa-peristiwa bersejarah kepada orang Islam di mana berlakunya peperangan Tabuk, pembebasan Al-Aqsa dari tangan tentera Salib dan juga ada orang Islam yang berpendapat bahawa bulan inilah berlakunya peristiwa Isra' dan mi'raj Nabi Muhammad saw. Tidak kurang juga ramai yang melihat bulan Rejab ini sebagai satu bulan spiritual di mana mereka mempertingkatkan ibadat sunat khususnya ibadat puasa. Tarikan dan seruan yg ditiup kedalam jiwa umat Islam Nusantara terutamanya untuk melakukan ibadat kebanyakkannya dipengaruhi oleh penyebaran beberapa hadis-hadis yg mengandungi Fadilat-Fadilat beribadat di dalam bulan ini. Jelas terlihat dari segi jualan buku- buku kecil yg mengandungi fadilat-fadilat bulan Islam begitu laris dipasaran menjelang bulan Rejab. Begitu juga di zaman era Internet ini (ICT), e-mail dan maling list yg diforwardkan mengandungi 'cut & paste' dari fadilat-fadilat Rejab yg terkandung di dalamnya. Rata-rata tarikan fad'il (fadilat-fadilat) inilah merupakan faktor penarik kepada kebiasaan orang awam untuk melakukan ibadat sunat. Injeksi faktor ini dapat kita lihat dengan jelas penerapannya di dalam budaya Melayu-Islam seperti rangkap- rangkap sya'ir di bawah ini:[1] Rejab bulan menabur benih Sya'ban bulan menyiram tanaman Ramadan bulan menuai Rejab menyuci badannya Sya'ban menyucikan hati Ramadan menyucikan rohnya Rejab bulan marghfirah Sya'ban bulan syafaat Ramadan bulan menggandakan kebajikan Rejab bulan taubat Sya'ban bulan muhibbah Ramadan dilimpahi pahala amalan seperti hujan mencurah banyaknya Rejab digandakan 70 pahala Sya'ban diganda 700 pahala Ramadan diganda 1000 pahala Mungkin timbul beberapa persoalan yg tersimpan di dalam lubuk hati kita: -mengapa bulan Rejab sahaja yg dipilih mempunyai kelebihannya? Pernah atau tidak kita terfikir yg mungkin berita-berita ini ditokok tambah (exaggerate) oleh manusia biasa yg bercakap atas nama Nabi saw? Mengapa di dalam bulan ini terdapat solat-solat khas, zikir- zikir khas dan juga waktu-waktu khas untuk melakukan peribadatan? Di sini kita ingin membawa beberapa penjelasan dari ulama'-ulama' muktabar dan kontemporari mengenai kesahihan fadilat yg terdapat didalam bulan itu sendiri, dan apakah sebenarnya fadilat yg terkandung didalam Rejab. ------------------- Bulan Rejab merupakan satu bulan dari bulan-bulan Haram Bulan Rejab merupakan salah satu dari bulan-bulan 'Haram' didalam Islam. Dalilnya terdapat di dalam Firmah Allah swt di dalam Surah Al- Taubah ayat 9: "Sesungguhnya bilangan bulan-bulan di sisi (hukum) Allah ialah dua belas bulan, (yang telah ditetapkan) dalam Kitab Allah semasa Dia menciptakan langit dan bumi, di antaranya empat bulan yang dihormati. Ketetapan yang demikian itu ialah agama yang betul lurus, maka janganlah kamu menganiaya diri kamu dalam bulan-bulan yang dihormati itu (dengan melanggar laranganNya) dan perangilah kaum kafir musyrik seluruhnya sebagaimana mereka memerangi kamu seluruhnya dan ketahuilah sesungguhnya Allah berserta orang-orang yang bertakwa." Menurut Tafsir Jalalain, yg dimaksudkan dengan "di antaranya empat bulan yg dihormati" ialah: "Empat bulan Haram - Zulkaedah, Zulhijjah, Muharam dan Rejab"[2] Allah swt telah mengurniakan kepada manusia 4 bulan haram. Bulan- bulan ini sebagaimana yg disepakati oleh semua ulama' ialah Zulkaedah, Zulhijjah, Muharam dan Rejab. Umat Islam adalah diharamkan pergi berperang didalam bulan-bulan ini, kecualilah jika mereka diugut. Didalam bulan ini terdapatnya ibadat Haji dijalankan (Zulhijjah), di mana pada hari Arafah disunatkan bagi mereka yg tidak menunaikan haji melakukan ibadat puasa. Rasulullah saw juga menggalakan umat Islam melakukan puasa sunat pada hari Asyura' (10 hb Muharam). |
Thursday, April 15, 2010
Waspada riwayat Israiliyyat
Kalangan umat Islam sendiri termakan malah langsung tidak menolak kisah-kisah yang dibawakan oleh kaum Yahudi, hanya kerana ada kalangan kaum itu yang telah memeluk Islam. Sedangkan mereka memeluk Islam itu pada sekadar zahirnya sahaja.
Mereka inilah digelar sebagai antara golongan zindik (selain Nasrani, Parsi dan Rom) yang berusaha dengan pelbagai jalan untuk merosakkan agama dan menimbulkan keraguan di kalangan manusia terhadap Islam.
Pernahkah anda mendengar nama Abdullah bin Saba'? Seorang Yahudi yang hina merayau ke seluruh kawasan dan menghasut orang ramai.
Beliau telah menyembunyikan racun yang disebarkannya kononnya cintakan Saidina Ali Abi Talib Karamallahu Wajhah dan Ahli Bait (keluarga Rasulullah).
Abdullah menyebarkan Saidina Ali adalah orang yang memegang wasiat dari Rasulullah, yang kononnya paling layak menjadi Khalifah mengatasi Saidina Abu Bakar dan Saidina Umar Al Khattab.
Abdullah telah menciptakan hadis mauduk (palsu) mengenai Saidina Ali yang berbunyi: "Setiap Nabi adalah aku dan waris aku adalah Ali".
Bukan setakat itu sahaja yang dilakukan oleh Yahudi ini malah dia turut mendakwa bahawa menantu Rasulullah itu adalah Tuhan.
Selaku pemerintah ketika itu Saidina Uthman ibn Affan walaupun terkenal sebagai seorang yang lembut hati, beliau telah mengusir Abdullah bin Saba' yang telah menyebabkan dia lari manakala pada zaman pemerintahan Saidina Ali sendiri, beliau telah menghalalkan darah Yahudi ini untuk dibunuh.
Namun yang menyedihkan ada kalangan umat Islam yang tidak bertapis-tapis lagi terus percaya kepada cerita-cerita Yahudi itu sedangkan ia tidak sahaja suatu pembohongan yang sangat besar dan sedikit sebanyak telah menyebabkan berlaku perpecahan di kalangan umat Islam itu sendiri sedangkan api perpecahan ini sentiasa marak kerana Yahudi tidak pernah diam yang kesemuanya dilakukan kononnya atas nama 'Islam'.
Ketika begitu hebat melanda di zaman pemerintahan Saidina Uthman dan Saidina Ali iaitu sekitar tahun 40-an hijrah, tersebarnya fitnah-fitnah sehingga menjadi satu bencana besar kepada umat Islam. Pertikaian itu sehingga membawa kepada pembunuhan sesama umat yang sehingga zaman itu dikenali sebagai Sighar Al Sahabah dan Kubbar al Tabiiin.
Itu hanya baru satu kisah dari begitu banyak sekali kisah-kisah Israiliyyat dan hadis-hadis mauduk dalam kehidupan umat Islam.
Walaupun sesetengah menganggap kisah-kisah Israilliyyat mahupun hadis mauduk itu tidak lebih sebagai bidaah hasanah namun masih lagi, kedua-dua unsur ini sangat bahaya kepada umat Islam, jika kita tidak berhati-hati.
Ini kerana bayangkan sahaja menurut Hamad bin Zaid, golongan Zindiq sahaja telah menciptakan 14,000 ribu hadis (mauduk) yang menurut Ibnu Qutaibah hadis dari golongan ini sengaja diada-adakan dan mengenai perkara mustahil seperti hadis peluh kuda, hadis malaikat datang untuk ziarah, bekas emas atas unta, hadis Nur al-Ziraian dan sebagainya lagi.
umat Islam
Persoalan mengenai kisah-kisah Israiliyyat dan hadis-hadis mauduk dikupas dengan begitu baik oleh penulis buku ini. Kisah-kisah Israiliyyat itu sendiri seperti dihurai panjang lebar dari aspek makna dan sejarahnya telah sekian lama begitu membarah dalam darah daging umat Islam.
Ini kerana sesetengah meluaskan ruang lingkup Israiliyyat itu sebagai merangkumi semua yang terkandung dalam buku-buku pengetahuan orang Yahudi dan Nasrani yang berkisar sekitar huraian mereka terhadap kitab-kitab Injil, sirah, perjalanan nabi-nabi, rasul dan sebagainya.
"Hanya ini dinamakan sebagai Israiliyyat kerana kebanyakannya adalah datang dari ilmu pengetahuan Bani Israil atau daripada kitab-kitab mereka atau dari cerita dongengan dan batil yang mereka ada-adakan," kata Dr. Muhammad.
Sementara hadis Mauduk atau al Maudhuat mengikut istilah ahli-ahli hadis merupakan hadis-hadis yang sengaja diada-adakan atau direka-reka secara dusta ke atas Rasulullah atau ke atas para sahabat dan para tabiin selepas baginda.
Seseorang itu kata penulis, akan mencipta satu-satu susunan kalam yang kemudian menisbahkannya kepada Nabi Muhammad atau kepada para sahabat dan para tabiin ini tadi.
Sebagai contoh, 'hadis' berikut: "Cintailah orang yang engkau cintai seberapa ringan yang boleh kerana boleh jadi pada suatu hari kelak dia akan menjadi orang yang engkau benci dan bencilah orang yang engkau benci seberapa ringan yang boleh kerana boleh jadi pada suatu hari kelak dia akan menjadi orang yang engkau cintai".
Yang sebenarnya kata-kata itu adalah daripada ucapan Saidina Ali bin Abi Talib.
"Perut ialah rumah penyakit dan perut yang kosong adalah kepala segala ubat". ('Hadis' ini pula sebenarnya adalah kata-kata yang diungkapkan dari seorang doktor Arab yang bernama al Haris bin Kalidah).
Contoh lain lagi yang merupakan kisah-kisah Israiliyyat yang dijadikan hadis (mauduk): "Aku tidak dapat disaingi oleh langit dan bumi-Ku akan tetapi Aku disaingi oleh keluasan hari orang Mukmin".
Imam Ibnu Taimiyyah berkata: Ia adalah dari Israiliyyat kerana tidak mempunyai punca yang diketahui berasal daripada Nabi Muhammad SAW.
"Sesungguhnya umur dunia ialah tujuh ribu tahun". 'Hadis' ini adalah termasuk dalam Israiliyyat.
Buku yang diterjemah dengan baik ini adalah hasil penulisan gigih Dr. Muhammad. Semasa menulis buku ini, beliau ialah Ketua Jabatan Kuliah Usuluddin di Universiti Al Azhar Cawangan Asyut.
Bagi Dr Muhammad, umat Islam amat memerlukan buku yang seperti ini untuk mereka jadikan rujukan utama bagi membolehkan mereka menghilangkan cerita-cerita dongenagan yang dikaitkan dengan tafsiran kitab suci al Quran.
"Golongan Orientalis adalah 'tokoh-tokohnya' dalam kisah-kisah Israiliyyat yang mereka dapati, rekaan-rekaan ini boleh memenuhi keinginan mereka, memuaskan ketaksuban dan marah mereka yang keji serta mengubati jiwa mereka yang sakit dan hasad terhadap Islam, nabinya dan al-Quran.
"Kedengkian dan dendam ini dianggap sebagai lanjutan kepada siri Peperangan Salib yang telah mereka lancarkan terhadap Islam yang masih berlaku sehingga zaman kita ini dengan pelbagai bentuk," kata beliau.
Buku yang ditulis dalam tujuh bab yang utama yang dipecahkan kepada tajuk-tajuk kecil yang sangat relevan. Mungkin Bab 4 adalah yang paling menarik untuk dibaca apabila penulis tidak sahaja memberikan lagi contoh-contoh kisah Israiliyyat seperti Kisah Harut dan Marut, Pembinaan Kaabah Baitullah dan Hajar Aswad dan banyak lagi yang kesemua itu kemudiannya dijelaskan kebenaran sebenar yang seharusnya kita 'imani'.
Penulis benar-benar bertanggungjawab untuk membersihkan nama Rasulullah, para sahabat dan umat Islam amnya dari menjadi bahan fitnah oleh pihak yang berkepentingan sempit dan niat buruk terhadap Islam itu.
Begitu pun seperti yang beliau harapkan bahawa umat Islam hari ini adalah mereka yang mesti mengetahui segala serba aspek kehidupan dan ilmu-ilmu dunia dan akhirat supaya tidak mudah terpedaya terhadap pengaruh-pengaruh Israiliyyat dan hadis maudhuk ini.
"Mereka hendaklah mempunyai pengetahuan tentang kemajuan ilmu dalam bidang perubatan, astronomi, alam semesta, ilmu sosial, ilmu jiwa, ilmu mengenai bangsa-bangsa dan sebagainya supaya ia dapat menguatkan senjata bagi menghapus dan melenyapkan kebatilan Israiliyyat itu," kata Dr. Muhammad.
Benar, jika tidak selama bilapun, jadilah mereka umat yang tertipu dek kejahilan mereka sendiri!
"...demi sesungguhnya sebuah Kitab Suci yang tidak dapat ditandingi, yang tidak dapat didatangi sebarang kepalsuan dari mana-mana arah dan seginya; ia diturunkan dari Tuhan Yang Maha Bijaksana, lagi Maha Terpuji."
(surah Al Fussilat, ayat 41-42)
HJ. HAZIQ AHMAD ZAKI ialah Timbalan Ketua Pelajar & Ketua Biro Dakwah Madrasah Islamiah Bandar Kuching.
Wednesday, April 14, 2010
PENGUMUMAN PENTING!!!
Thursday, April 8, 2010
MAJLIS SAMBUTAN MAULIDUL RASUL
Tamatnya boikot terhadap Islam
![]() |
Palestin tidak sahaja masih diboikot, malah sehingga November tahun lalu seramai 306 kanak-kanak dan remaja Palestin ditahan dipenjara oleh rejim Israel yang ganas itu. |
HAMPIR tiga tahun penuh, tempoh pemboikotan terhadap umat Islam berlalu sudah. Ia dilancarkan pada tahun ketujuh selepas Nabi Muhammad diangkat menjadi Rasul.
Namun pada bulan Muharam tahun ke-10 kenabian baginda, boikot itu berakhir.
Kegagalan boikot itu bukan sahaja kerana surat deklarasi atau perjanjiannya telah reput dimakan anai-anai, tetapi di kalangan kafir Quraish sendiri ada yang tidak merestui tindakan tersebut.
Individu yang memainkan peranan utama membantah boikot itu ialah Hisham bin Amru dari Bani Amir bin Luay.
Tindakan kejam
Dia ialah tokoh dari kalangan pemimpin kafir Quraisy tetapi di hatinya ada bibit-bibit simpati terhadap apa kesengsaraan penganut Islam ekoran tindakan yang mereka lakukan.
Lantas Hisham dikatakan sering membawa masuk secara curi-curi makanan dan lain-lain keperluan ke perkampungan Abu Talib terutama pada waktu malam.
Sehinggalah pada suatu hari beliau terfikir sampai bila tindakan kejam seperti itu ke atas umat Islam akan berterusan?
Perkara itu disuarakan Hisham ketika bertemu Zuhayr bin Abi Umayyah al-Makhzumiy.
Zuhayr merupakan anak saudara kepada Atikah binti Abdul Mutalib, iaitu salah seorang yang sedang menderita akibat pemulauan melampau oleh kafir Quraisy.
"Wahai Zuhayr adakah engkau suka untuk makan dan minum sedangkan saudara maramu, terutama ibumu sendiri dalam keadaan yang engkau sendiri tahu," tanya Hisham.
Zuhayr menjawab: "Jahanam kamu wahai Hisham! Apa yang aku boleh buat, sedangkan aku cuma seorang sahaja? Demi Allah kalau ada seorang lagi yang bersamaku nescaya akanku usahakan membatalkan perjanjian itu!"
Lalu Hisham pun membalas: "Engkau telah pun menemui orang itu!".
Zuhayr bertanya: "Siapakah gerangan orang itu?"
Jawab Hisham: "Akulah orangnya!"
Zuhayr lantas berkata: "Cari lagi orang yang ketiga untuk bersama-sama kita menghentikan pemulauan terhadap Bani Hashim itu!"
Hisham kemudiannya berjaya mengumpulkan lima pembesar kafir Quraish termasuk dirinya untuk membebaskan umat Islam dari sekatan ekonomi itu.
Selain dari Hisham dan Zuhayr tiga lagi ialah Al Mut'im Ibnu al Adiy, Zumaah bin Aswad bin Al Mutalib bin Asad dan Abu al Buhturi (Abu al Bakhtariy) bin Hisham.
Ketiga-tiga mereka dikatakan mempunyai kaitan atau hubungan pertalian saudara dengan umat Islam yang sedang diboikot itu.
Keesokan harinya, kelima-lima mereka menuju ke Mekah bagi membatalkan perjanjian sekatan itu.
Sebaik sampai di hadapan Kaabah, kelima-limanya segera melakukan tawaf, sebanyak tujuh kali dan kemudian tampil di hadapan para pembesar-pembesar Quraisy yang sedang berkumpul.
Lalu Hisham pun berkata dengan suara yang lantang: "Wahai kaum Quraisy, kita sudah bersalah terhadap kaum kita sendiri. Sedarkah tuan-tuan bahawa selama tiga tahun lamanya kita telah memboikot kaum kita sendiri. Tiga tahun lamanya juga kita membiarkan mereka hidup dalam kelaparan dan serba kekurangan.
"Demi Allah, ini suatu yang memalukan, orang lain akan memalukan kita selama-lamanya selepas ini.
"Kita mesti membatalkan perjanjian yang sangat berat sebelah ini.
"Demi Allah aku tidak akan berdiam diri melainkan setelah dikoyakkan lembaran perjanjian yang zalim ini!"
Kata-kata Hisham itu menimbulkan kemarahan para pembesar lain yang hadir terutama Abu Jahal.
Dia bangun membantah kerana sekatan ekonomi itu sudah disepakati antara orang bukan Islam Quraisy.
Kata Abu Jahal, sekatan akan berterusan selagi pengikut-pengikut Nabi Muhammad tidak kembali kepada agama asal mereka, iaitu menyembah berhala!
"Engkau bohong Wahai Hisham! Demi Allah, lembaran perjanjian itu tidak akan dikoyak!" Tegas Abu Jahal.
Kemudian Zamaah bin Al Aswad pun bangun dan berkata: "Demi Allah, engkau lebih pembohong lagi. Kami tidak pernah merestui ketika surat perjanjian itu ditulis!"
Ini diikuti oleh Abu al Bakhtariy: "Zamaah benar, kami tidak rela dengan apa yang ditulis di dalamnya dan kami tidak memperakuinya."
Ini diikuti oleh al Mut'im bin Adiy yang berkata: "Kamu berdua benar dan bohonglah orang yang berkata lain daripada itu. Kami berlepas diri kepada Allah daripada surat perjanjian itu dan apa yang ditulis di dalamnya."
Tetapi Abu Jahal membalas: "Kamu semua telah merancang dan berpakat untuk membatalkan perjanjian ini. Aku tetap membantah. Sekatan ini mesti diteruskan sehingga Muhammad dan pengikut-pengikutnya sedar yang mereka telah membuat kesilapan besar dengan memeluk Islam itu."
Namun Abu Jahal sebenarnya berseorangan dalam mempertahankan sekatan itu.
Ini kerana pembesar lain yang hador akhirnya termakan dengan kata-kata lima orang pembesar Quraisy itu. Mereka akhirnya bersetuju supaya pemulauan itu ditarik balik.
Akhirnya Al Mut'im menghampiri Kaabah untuk mengoyak perjanjian itu.
Tetapi apa yang didapati ialah surat perjanjian itu yang sebelum ini elok telah dimakan anai-anai kecuali ditinggalkan kalimah Bismikallahumma (Dengan namaMu Ya Allah).
Maka dengan pertolongan Allah juga, surat perjanjian memboikot Rasulullah dan para pengikut baginda akhirnya terbatal dengan sendiri.
Musyrik Mekah sebenarnya telah menyaksikan satu mukjizat atau tanda kebesaran Allah mengenai kebenaran ajaran yang dibawa oleh Nabi SAW itu.
Namun mereka tetap berdegil. Ini sebagaimana disebut oleh Allah dalam surah Al Qamar, ayat 2: Dan kalau mereka (kaum Musyrik) melihat sesuatu mukjizat, mereka berpaling ingkar dan sambil berkata: "(Ini ialah) sihir yang terus menerus berlaku".
HAZIQ AHMAD ZAKI AL - WASLI ialah Timbalan Ketua Pelajar merangkap Ketua Biro Dakwah Madrasah Islamiah Bandar Kuching.