SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU HIJRAH

SALAM MAAL HIJRAH 1432 HIJRIAH DARI KAMI, BADAN KEBAJIKAN PENGAWAS MADRASAH ISLAMIAH BANDAR KUCHING.

OUR ANTHENM........

"MAJU KE HADAPAN SEMUA"


MARILAH KITA UMMAT MUHAMMAD,
UNTUK MAJU KE HADAPAN SEMUA,
MARI KITA BERSATU,
BANGKITKAN SERUAN AGAMA,
YANG KITA CINTAI INI....


SYUHADA PERJUANGANMU DIBERKATI ILAHI,
TERUSKAN MATLAMAT KITA,
MADRASAH ISLAMIAH TERCINTA.....

BADAN KEBAJIKAN PENGAWAS MADRASAH ISLAMIAH BANDAR KUCHING

BADAN KEBAJIKAN PENGAWAS BERTANGGUNGJAWAB DI ATAS KEBAJIKAN PELAJAR - PELAJAR DI MADRASAH ISLAMIAH. OLEH ITU, BADAN KAMI AKAN BERUSAHA SEDAYA - UPAYA UNTUK BEKERJA KERAS LEBIH KE ARAH KESEJAHTERAAN MADRASAH ISLAMIAH BANDAR KUCHING.

Tuesday, December 29, 2009

SELAMAT TINGGAL 2009

KEPADA SEMUA SAHABAT DAN RAKAN TAULAN YANG MELIHAT ATAU MENGUNJUNGI BLOG INI, PENULIS TIDAK AKAN LAGI MENAMBAH ARTIKELNYA, DAN ARTIKEL - ARTIKEL DI BAWAH MERUPAKAN ARTIKEL - ARTIKEL YANG TERAKHIR PENULIS PADA TAHUN 2009 MASIHI. INSYA - ALLAH, TAHUN HADAPAN KITA AKAN BERJUMPA LAGI. PENULISAN BERHENTI SETAKAT INI SAHAJA.


ARTIKEL - ARTIKEL BARU AKAN DITAMBAH PADA 5 JANUARI 2010.





SELAMAT TAHUN BARU 2010

Monday, December 28, 2009

JEMPUTAN KE MAJLIS ULANGTAHUN KE 30 SUMPAH BUDAYAWAN DAN SENIMAN MUDA SEDAR SARAWAK.

TEMPAT: DEWAN KEBUDAYAAN DAN KESENIAN NEGERI SARAWAN(BANGUNAN DEWAN UNDANGAN NEGERI YANG LAMA), PETRA JAYA, KUCHING.

TARIKH: 31 DISEMBER 2009

HARI: KHAMIS.

AKTIVITI:


- Seminar Sumpah Budayawan dan Seniman Muda Sedar Sarawak pada pukul 8.00 pagi

- Pertandingan berkaraoke lelaki dan wanita

- Pertandingan melukis untuk pelajar - pelajar sekolah menengah

- Pertandingan mewarna untuk pelajar - pelajar sekolah rendah

- Jemaah Solat Maghrib dan Isyak pada malamnya

- Penentasan teater

- Penentasan Bangsawan

- Bacaan Sajak dan Syair oleh tokoh - tokoh sasterawan dan karyawan negeri Sarawak.




DATANG, JANGAN TAK DATANG..............

SELAMAT PULANG NENDAKU DAN KELUARGA MASHITAH.








Nenda Hjh Sara Yusuf(bertudung putih) baru sahaja sampai di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur(KLIA) pada pukul 3 petang hari Sabtu, 26 Disember 2009 Masihi. Sebelah beliau ialah mak saudara penulis, Zaleha Hj Saadi.



Selamat kembali ke Kuching kepada nendaku, Hjh Sara Bte Yusuf dan nenda saudaraku, Hjh Zaharah Bte Mansor. Dan tidak lupa juga kepada keluargaku di Brunei Darussalam sana, iaitu keluarga Hjh. Siti Mashitah Mutawwakil, yang turut mengikuti ayahndanya, iaitu Prof. Dato’ Sri Setia Dr. Hj Mahmud Ali bin Abdul Rahman Hamzah Al – Hanis dan bondanya, iaitu Datin Sri Setia Hjh Fatimah binti Abdul Rashid. Selamat kembali ke Brunei Darussalam sana. Semoga Allah lanjutkan usia anda semua hingga ke akhir hayat, amin ya robbal a’lamin.




Nenda saudaraku, Cikgu Hjh Sara Bte Yusuf adalah anak kelahiran Kampung Sungai Bedil Besar, Petra Jaya, Kuching. Beliau merupakan anak kacukan Melayu – Melanau. Ayahnya, iaitu Yusuf bin Hj Ali berasal daripada Kampung Muhibbah, Kuching di mana beliau kemudiannya berhijrah ke Kampung Sungai Bedil Besar. Ayah kepada nenda Yusuf, iaitu Hj Ali asalnya ialah daripada Kampung Pinggai Ayer, Mukim Burong Pinggai Ayer, Brunei Darussalam. Isterinya pula, iaitu Sharifah Hasanah binti Sayyid Hussein Al –Jufri, berasal daripada keluarga berbangsa Arab dari Yaman, yang kemudiannya berhijrah ke Kuching, dan berkahwin dengan nenda Hj Ali. Nenda Hj Ali dan Hjh Sharifah Hasanah mempunyai lapan orang anak, dan salah seorang daripadanya ialah nenda Yusuf. Nenda Yusuf berkahwin dengan nenda Rauhani, yang berasal daripada keluarga berbangsa Melanau di Balingian. Nenda Rauhani yang berbangsa Melanau berkahwin dengan nenda Yusuf di Kampung Sungai Bedil Besar. Mereka mempunyai enam orang anak. Dua daripadanya sudah kembali ke Rahmatullah, iaitu Kassim, yang meninggal dunia dalam usia lima tahun, manakala Hj Harun bin Yusuf, meninggal dunia pada tahun 2008 yang lalu, di dalam usia 67 tahun, kerana Kanser Paru – Paru. Sekarang ini, anak – anak mereka berdua yang masih hidup ialah Hj Saadi@Bujang bin Yusuf, Cikgu Hjh Sara bte Yusuf, Hj Khalid bin Yusuf dan En. Hamdan bin Yusuf.












Kesemuanya sudah berkeluarga.












Nenda Saudara saya pula, iaitu Hjh Zaharah bte Mansor ialah adik kepada nenda saya, iaitu Hj. Ahmad bin Mansor, Ketua Penerangan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu(PBB) N.7 Samariang.





















Bapanya ialah Mansur, salah seorang tukang gunting rambut terkenal di Kampung Sungai Bedil Besar pada tahun 50 – an. Ayah nenda Mansur, Hj Suleyman Demirel berasal daripada Turki, yang kemudiannya berkahwin dengan nenda Khadijah, yang berasal daripada Singapura, yang berketurunan Tionghua yang beragama Islam. Kedua – dua mereka mempunyai enam orang anak, dan salah seorang daripada anaknya ialah nenda Mansur. Nenda Mansur kemudiannya berkahwin dengan nenda Hjh Fatimah bte Uti, iaitu satu – satunya moyang kandungku yang masih hidup.

Beliau kini berusia 84 tahun. Mereka berdua mempunyai sembilan orang anak. Dari pertama hingga terakhir, iaitu Hj. Ahmad bin Mansor, Allahyarham Kassim bin Mansor, Allahyarham Abdul Rahman bin Mansor, En. Abdullah Bin Mansor, Hjh Zaharah bte Mansor, En. Hassan bin Mansor, En. Arriffin bin Mansor, Puan Siti Fatimah bte Mansor dan En. Tahir bin Mansor.









Kesemua mereka masih tinggal di Kuching, termasuklah nenda Hj Ahmad bin Mansor, yang tinggal serumah dengan penulis. Beliau juga merupakan orang kuat PBB dan Barisan Nasional di N.7 Samariang.









Keluarga Al – Hanis pula berasal daripada keluarga berketurunan Arab di Yaman. Mereka berasal daripada Bandar Sana’a, Yaman. Yang Berbahagia Prof. Dato’ Seri Setia Dr. Hj Mahmud Ali bin Hj Abdul Rahman Hamzah Al – Hanis ialah anak pertama kepada pasangan Pehin Dato’ Seri Setia Dr. Hj. Abdul Rahman Hamzah bin Hj. Abdul Hamid Al – Hanis dengan Datin Seri Setia Hjh Fatimah binti Abdullah. Mereka berkahwin di Negara Brunei Darussalam. Mereka pada asalnya mempunyai enam orang anak. Tiga daripadanya telah meninggal dunia dan seorang daripadanya telah diangkat oleh keluarga berbangsa Inggeris di London, England. Sekarang ini, yang tinggal hanyalah dua orang sahaja, iaitu Yang Berbahagia Prof. Dato’ Seri Setia Dr. Hj. Mahmud Ali Al – Hanis dan Yang Berbahagia Datuk’ Hj. Hasnan Al – Hanis. Kedua – duanya tinggal di tempat yang berasingan di Brunei sana. Hj Mahmud Ali mempunyai lima orang anak, iaitu Ust. Hj Mahmud Al – Hanis, Ust. Hj Ali Al – Hanis, Hj. Ahmad Ghazzah Al – Hanis, Hj. Ahmad Al – Hanis, dan Hjh Siti Mashitah Mutawwakil Al – Hanisah. Hjh Siti Mashitah merupakan anak bongsu kepada Dato’ Seri Setia Mahmud Ali Al – Hanis. Mereka berdua pergi haji pada akhir bulan Oktober yang lalu. Mereka balik serentak dengan nenda saya balik iaitu pada malam 26 November 2009, yang juga ulangtahun kelima atau setengah dekad bencana Tsunami melanda Acheh dan kawasan – kawasan serantaunya.






Tarikh itu juga merupakan ulangtahun pertama penulis bersama nenda saudaranya, Hj. Saadi bin Yusuf balik dari Limbang ke Kuching menggunakan kapal terbang.







Hj Haziq Ahmad Zaki bin Mohamad Zulkipli Al - Wasli


(KETUA BIRO DAKWAH MADRASAH ISLAMIAH BANDAR KUCHING)







ARTIKEL INI HANYALAH UNTUK PERKONGSIAN DIANTARA PIHAK PENGAWAS MADRASAH ISLAMIAH BANDAR KUCHING DENGAN ANDA SEMUA. IANYA MENGENAI KISAH NENDA KETUA BIRO DAKWAH MADRASAH ISLAMIAH DAN SALASILAH KELUARGANYA.

10 Muharram antara sejarah dan keutamaannya

Oleh : Sofyan Effendi A
http://yans090781.blogspot.com/2007/12/10-muharram-antara-sejarah-dan.html

Sejarah Tahun Baru Islam

Bulan Muharram adalah salah satu dari empat bulan haram atau bulan yang dimuliakan Allah. Empat bulan tersebut adalah bulan Dzulqa’dah, Dzulhijjah, Muharram dan Rajab.

“Sesungguhnya jumlah bulan di kitabullah (Al Quran) itu ada dua belas bulan sejak Allah menciptakan langit dan bumi, empat di antaranya adalah bulan-bulan haram” (QS. At Taubah: 36)

Kata Muharram artinya “dilarang”. Sebelum datangnya ajaran Islam, bulan Muharram sudah dikenal sebagai bulan suci dan dimuliakan oleh masyarakat Jahiliyah. Pada bulan ini dilarang untuk melakukan hal-hal seperti peperangan dan bentuk persengketaan lainnya.
Kemudian ketika Islam datang kemuliaan bulan haram ditetapkan dan dipertahankan sementara tradisi jahiliyah yang lain dihapuskan termasuk kesepakatan tidak berperang.
Bulan Muharram memiliki banyak keutamaan, sehingga bulan ini disebut bulan Allah (Syahrullah). Beribadah pada bulan haram pahalanya dilipatgandakan dan bermaksiat di bulan ini dosanya dilipatgandakan pula.

Muharram adalah bulan pertama dalam hitungan kalender Islam, atau lebih terkenal dengan "tahun Hijriah". Berbeda dengan tahun Masehi yang dihitung berdasarkan perputaran Bumi terhadap Matahari, tahun Hijrian dihitung berdasarkan perputaran Bulan terhadap Bumi. Satu bulan terdiri atas 29 atau 30 hari, dan satu tahun terdiri atas 12 bulan. Sesuai dengan namanya, Hijriyah yang berarti hijrah atau berpindah, hitungan "1" kalender Islam dimulai ketika Rasulullah hijrah dari Makkah ke Madinah. Ini bertepatan pada hari Jumat 16 Juli 622 Masehi - Usia Rasul saat itu sekitar 53 tahun. Rasulullah hijrah sesuai dengan perintah Allah, yang salah satu analisisnya adalah menyelamatkan kaum muslimin dari siksaan kaum kafir di kota Makkah. Sebelumnya, sebagian besar kaum muslimin sudah hijrah terlebih dahulu dan tidak mendapatkan rintangan dari kaum kafir - kelak mereka disebut kaum Muhajirin, yaitu kaum yang hijrah. Di dalam rombongan itu tedapat Umar bin Khatab r.a., yang dengan lantang dan gagahnya berkata, "Ini Umar hendak hijrah, siapa yang ingin istrinya menjanda dan anaknya yatim karena ingin menghalangi Umar silakan maju!"

Penggunaan sistem perhitungan Islam belum dilakukan di masa Rasulullah SAW masih hidup. Juga tidak dilakukan di masa khalifah pertama, Abu Bakar Ash-Shiddiq ra. Secara singkat sejarah digunakannya sistem perhitungan tahun Islam bermula sejak kejadian di masa Umar bin Al-Khattab ra. Salah satu riwayat menyebutkan yaitu ketika khalifah mendapat surat balasan yang mengkritik bahwa suratnya terdahulu dikirim tanpa angka tahun. Beliau lalu bermusyawarah dengan para shahabat dan singkat kata, mereka pun berijma’ untuk menjadikan momentum tahun di mana terjadi peristiwa hijrah nabi sebagai awal mula perhitungan tahun dalam Islam.

Sedangkan sistem kalender qamariyah berdasarkan peredaran bulan konon sudah dikenal oleh bangsa Arab sejak lama. Demikian juga nama-nama bulannya serta jumlahnya yang 12 bulan dalam setahun. Bahkan mereka sudah menggunakan bulan Muharram sebagai bulan pertama dan Zulhijjah sebagai bulan ke-12 sebelum masa kenabian.
Sehingga yang dijadikan titik acuan hanyalah tahun dimana terjadi peristiwa hijrah Nabi SAW. Bukan bulan dimana peristiwa hijrahnya terjadi. Sebab menurut riwayat beliau dan Abu Bakar hijrah ke Madinah pada bulan Sya’ban, atau bulan Rabiul Awwal menurut pendapat yang lain, tapi yang pasti bukan di bulan Muharram. Namun bulan pertama dalam kalender Islam tetap bulan Muharram.

Penting untuk dicatat disini adalah pilihan para shahabat menjadikan peristiwa hijrah nabi sebagai titik tolak awal perhitungan kalender Islam. Mengapa bukan berdasarkan tahun kelahiran Nabi SAW? Mengapa bukan berdasarkan tahun beliau diangkat menjadi Nabi? Mengapa bukan berdasarkan tahun Al-Qur’an turun pertama kali? Mengapa bukan berdasarkan tahun terjadinya perang Badar? Mengapa bukan berdasarkan tahun terjadinya pembebasan kota Mekkah? Mengapa bukan berdasarkan tahun terjadinya haji Wada’ (perpisahan) dan mengapa bukan berdasarkan tahun meninggalnya Rasulullah SAW?
Jawabannya adalah karena peristiwa hijrah itu menjadi momentum di mana umat Islam secara resmi menjadi sebuah badan hukum yang berdaulat, diakui keberadaannya secara hukum international. Sejak peristiwa hijrah itulah umat Islam punya sistem undang-undang formal, punya pemerintahan resmi dan punya jati diri sebagai sebuah negara yang berdaulat. Sejak itu hukum Islam tegak dan legitimate, bukan aturan liar tanpa dasar hukum. Dan sejak itulah hukum qishash dan hudud seperti memotong tangan pencuri, merajam/mencambuk pezina, menyalib pembuat huru-hara dan sebagainya mulai berlaku. Dan sejak itulah umat Islam bisa duduk sejajar dengan negara/kerajaan lain dalam percaturan dunia international.

Keutamaan 10 Muharram

Bagi orang Syiah 10 Muharram adalah peristiwa yang tidak dapat mereka lupakan dan mereka menganggap sebagai hari agung yang wajib diperingati setiap tahunnya, tanggal 10 Muharram 61 H atau tanggal 10 Oktober 680 merupakan hari pertempuran Karbala yang terjadi di Karbala, Iraq sekarang. Pertempuran ini terjadi antara pasukan Bani Hasyim yang dipimpin oleh Husain bin Ali beranggotakan sekitar 70-an orang melawan pasukan Bani Umayyah yang dipimpin oleh Ibnu Ziyad, atas perintah Yazid bin Muawiyah, khalifah Umayyah saat itu.
Pada hari itu hampir semua pasukan Husain bin Ali, termasuk Husain-nya sendiri syahid terbunuh, kecuali pihak perempuan, serta anak Husain yang sakit bernama Ali bin Husain. Kemudian oleh Ibnu Ziyad mereka dibawa menghadap Khalifah di Damaskus, dan kemudian yang selamat dikembalikan ke Madinah.

Sebelum Islam datang, Hari Asyura sudah menjadi hari peringatan dimana beberapa orang Mekkah biasanya melakukan puasa. Ketika Nabi Muhammad melakukan hijrah ke Madinah, ia mengetahui bahwa Yahudi di daerah tersebut berpuasa pada hari Asyura - bisa jadi saat itu merupakan hari besar Yahudi Yom Kippur . Saat itu, Muhammad menyatakan bahwa Muslim dapat berpuasa pada hari-hari itu.

Asyura merupakan peringatan hal-hal di bawah ini dimana Muslim, khususnya Sunni percaya terjadi pada tanggal 10 Muharram.

  1. · Bebasnya Nabi Nuh dan ummatnya dari banjir besar.
  2. · Nabi Ibrahim selamat dari apinya Namrudz.
  3. · Kesembuhan Nabi Yakub dari kebutaan dan ia dibawa bertemua dengan Nabi Yusuf pada hari asyura.
  4. · Nabi Musa selamat dari pasukan Fir'aun
  5. · Nabi Isa diangkat ke surga setelah usaha Roma untuk menangkap dan menyalibnya gagal.
  6. Sahabat bertanya; Ya, Rasulullah, Allah telah melebihkan hari Assyuuraa' dari lain-lain hari. Jawab Rasulullah: Benar!.
  7. · Allah telah menjadikan langit dan bumi pada hari Assyuuraa'.
  8. · dan menjadikan Adam juga Hawa pada hari Assyuuraa';
  9. · dan menjadikan Syurga serta memasukkan Adam di syurga pada hari Assyuuraa';
  10. · dan Allah menyelamatkan dari api neraka pada hari Assyuuraa';
  11. · dan menenggelamkan Fir'aun pada hari Assyuuraa';
  12. · dan menyembuhkan bala Nabi Ayyub pada hari Assyuuraa'
  13. · dan Allah memberi taubat kepada Adam pada hari Assyuuraa';
  14. · dan diampunkan dosa Nabi Daud pada hari Assyuuraa';
  15. · dan juga kembalinya kerajaan Nabi Sulaiman pada hari Assyuuraa';
  16. · dan akan terjadi Qiyamat pada hari Assyuuraa'

Abul-Laits meriwayatkan dengan sanadnya dari Ikrimah berkata;
Hari Assyuuraa' ialah hari diterimanya taubatnya Nabi Adam. Dan hari itu pula hari turunnya Nabi Nuh dari perahunya. Maka ia berpuasa syukur; dan ia pula hari tenggelamnya Fir'aun dan terbelahnya laut bagi Nabi Musa a.s. dan Bani Israil. Maka mereka berpuasa; kerana itu jika dapat; engkau berpuasalah pada hari Assyuuraa'. Dinamakan Assyuuraa' kerana ia jatuh pada sepuluh bulan Muharram.

Ada lain pendapat yang mengatakan hari Assyuuraa' kerana Allah telah memuliakan pada Nabi-nabi dengan sepuluh kehormatan;

1. Allah telah menerima taubat Nabi Adam a.s.
2. Allah menaikkan darjat Nabi Idris a.s.
3. Hari berlabuhnya perahu Nabi Nuh a.s.
4. Nabi Ibrahim a.s dilahirkan pada hari Assyuuraa' dan diangkatkan sebagai kholilulLah juga diselamatkan dari api.
5. Allah menerima taubat Nabi Daud a.s.
6. Allah mengangkat Nabi Isa a.s. ke langit
7. Allah menyelamatkan Nabi Musa a.s.
8. Allah menenggelamkan Fir'aun
9. Allah mengeluarkan Nabi Yunus dari perut ikan
10. Allah mengembalikan kerajaan Nabi Sulaiman a.s.

Semua ini terjadi pada hari Assyuuraa' . Sebahagian lain berpendapat, dinamakan hari Assyuuraa' kerana ia kesepuluh dari kemulian-kemulian yang diberikan Allah pada umat ini.
Pada bulan ini juga tepatnya, tanggal 10 Muharram Allah menyelamatkan nabi Musa as dan Bani Israil dari kejaran Firaun. Mereka memuliakannya dengan berpuasa. Kemudian Rasulullah SAW menetapkan puasa pada tanggal 10 Muharram sebagai kesyukuran atas pertolongan Allah SWT.
Masyarakat Jahiliyah sebelumnya juga berpuasa. Puasa Muharram tadinya hukumnya wajib, kemudian berubah jadi sunnah setelah turun kewajiban puasa Ramadhan.

Rasulullah SAW bersabda:

“Dari Ibu Abbas ra, bahwa Nabi SAW, ketika datang ke Madinah, mendapatkan orang Yahudi berpuasa satu hari, yaitu ‘Asyuraa (10 Muharram). Mereka berkata, “Ini adalah hari yang agung yaitu hari Allah menyelamatkan Musa dan menenggelamkan keluarga Firaun. Maka Nabi Musa as berpuasa sebagai bukti syukur kepada Allah SWT. Rasulullah SAW, berkata, “Saya lebih berhak mengikuti Musa as. Daripada mereka.” Maka beliau berpuasa dan memerintahkan (umatnya) untuk berpuasa”. (HR. Bukhari)

Dari Ibnu Abbas r.a. katanya, ketika Nabi s.a.w. tiba di Madinah, Baginda melihat orang yahudi berpuasa pada hari asyura. Nabi pun bertanya, "Hari apa ini ?". Jawab mereka, "Hari ini ialah hari yang baik. Pada hari ini Allah melepaskan Bani Israil dari musuh mereka, kerana itu Nabi Musa berpuasa kerananya". Sabda Nabi, "Aku lebih berhak daripada kamu dengan Musa". Oleh itu Nabi berpuasa dan menyuruh orang lain berpuasa pada hari asyura.(Sahih Bukhari)
Rasulullah s.a.w. bersabda; "Berpuasa kamu pada hari ke sembilan dan sepuluh Muharam dan jangan meniru cara orang-orang Yahudi." - Riwayat Al Baihaqi

Selain keutamaan demi keutamaan yang telah disebutkan di atas, mungkin disebagian masyarakat lazim dan mengenal istilah bulannya yatim, yaitu menyelenggarakan sebuah acara dimana mereka memberikan santunan kepada para anak yatim di hari yang telah ditentukan dalam setiap tahun baru muharram, yaitu antara 9 dan 10 Muharram setiap tahunnya. Ada kesan lain yang patut disoroti dari perayaan tahun baru anak yatim diwajibkannya untuk memuliakan anak yatim, menanggung kehidupannya, menyayanginya, dan segala amal kebaikan yang menyenangi anak Yatim maka ia akan mendapatkan ganjaran seperti dalam hadist sebagaimana yang diriwayatkan oleh Al Imam Bukhari dari jalan Abu Hurairah, dimana Rasulullah shalallahu ‘alaihi wa sallam mengatakan:

“ Orang yang menanggung anak yatim baik anak yatim itu ada hubungan famili maupun tidak, maka saya dan orang yang menanggungnya seperti dua jari ini di dalam surga.”, Malik bin Anas perawi hadist itu mengatakan, Rasulullah memberi isyarat dengan jari telunjuk dan jari tengah. Terhadap anak yatim pula kita sebagai muslim dilarang menghardiknya (QS. Adh Dhuha (93) : 9), dan dalil-dalil lainnya yang memiliki kaitannya dengan muamalah terhadap anak yatim.

Abul-Laits Asssamarqandi meriwayatkan dengan sanadnya dari Ibnu Abbas r.a berkata: Nabi SAW. bersabda;

“Barangsiapa yang berpuasa pada hari Assyuuraa' yakni 10 Muharram, maka Allah akan memberikan kepadanya pahala 10,000 malaikat; dan barangsiapa yang puasa pada hari Assyuuraa', maka akan diberikan pahala 10, 000 orang Haji dan Umrah, dan 10, 000 orang mati syahid; dan siapa yang mengusap kepala anak yatim pada hari Assyuuraa', maka Allah akan menaikkan dengan rambut satu darjat. Dan barangsiapa yang memberi buka puasa orang mukmin yang berpuasa pada hari Assyuuraa', maka seoleh-oleh memberi buka puasa semua umat Muhammad SAW. dan mengenyangkan perut mereka”.

Tentu kita tidak akan melewatkan kesempatan demi kesempatan yang diberikan oleh Allah untuk mencari kebaikan sebanyak-banyaknya dari bulan Muharram ini, termasuk memuliakan anak yatim sebagai wujud kepedulian sosial kita kepada anak yatim, dan tentu hendaknya bukan hanya pada bulan Muharram saja kita peduli pada mereka, dibulan-bulan berikutnya selayaknya kita tetap menyantuni anak-anak yang tak mampu, karena apalah artinya kita mengagung-agungkan bulan Muharram sebagai bulan yatim tapi ketika Muharram habis, kita tidak memperdulikan dan bersikap acuh serta seolah-oleh tutup telinga terhadap mereka.

Jumaat, 2009 Disember 25

BERHATI-HATI...

PANDANGAN PERIBADI (MUNGKIN ADA SILAPNYA)..

  1. KENAPA DALAM MAJALAH INI TIADA PENULIS SEPERTI MUFTI-MUFTI SELAIN PERLIS?????
  2. DIMANA PANDANGAN ULAMA-ULAMA PONDOK???
  3. DIMANA PANDANGAN KAUM YANG LAYAK MENGELUARKAN PANDANGAN SEPERTI JAKIM???
  4. SOAL JAWAB AGAMA / ISU SEMASA DIBERIKAN KEPADA TOKOH AKADEMIK YANG PRO KEPADA... XXX.. LU PIKIRLAA SENDIRI..
  5. KENAPA DALAM MAJALAH INI TIADA PANDANGAN SELAIN PANDANG GENG2 TAJDID???
  6. SILALAH BELI KALAU NAK JADI KAUM TAJDID..
  7. MENURUT SAYA, MAJALAH INI SANGAT2 BERAT KEPADA PENDUKUNG DR. X YANG BOLEH DICALONKAN SEBAGAI SALAH SEORG SELEBRITI ABPBH 2010.. TAHNIAH...



Majalah i Disember 2009 memang padat dengan bahan-bahan yang menarik. Fokus utama pada bulan ini adalah kes penangkapan mantan Mufti Perlis, Dr. Mohd Asri Zainul Abidin dan isu Wahabi. Walaupun cerita berkaitan tangkapan Dr. Mohd Asri ini telah dilaporkan dalam pelbagai media, namun Majalah i telah mengupas isu ini dengan sudut yang berbeza dan menarik sekali. Artikel-artikel berkaitan kes ini adalah :

1) Pro Kontra Penangkapan Dr Asri - Abdul Azim Abdul Jamil, Persatuan Mahasiswa Islam, UTM

2) Wawancara bersama Dr Mohd Asri bertajuk Tauliah Menyekat Kelancaran Dakwah.

3) Berkenaan Tangkapan Dr. Mohd Asri - Ustaz Zaharuddin Abd Rahman

Sekali lagi Majalah i tampil memberi penjelasan menarik tentang isu Wahabi menerusi artikel-artikel berikut :

1) Wahabi : Sesuatu Yang Tiada Hakikat - Ustaz Khairil Anwar Abdul Latif, Pensyarah, International Islamic College, Gombak

2) Barat Paling Diuntungkan Stigma Wahabi - Dr. Anis Malik Thoha,Khatub 'Aam Syari'ah NU

3) Imam Al-Syafi'i Adakah Wahabi - Mohd Yaakub bin Mohd Yunus dari Laman web www.al-fikrah.net

Majalah i turut menghidangkan kisah dua tokoh yang hebat seperti berikut :

1) Autonomi Di selatan Thailand: Perjuangan Haji Sulong Abdul Qadir Yang Disalahertikan oleh Mohd Zain Abd Rahman

2) Kareem Abdul Jabbar, Lompatan Iman Raja Bola Keranjang - Editor Majalah i

Artikel-artikel lain yang menarik adalah seperti berikut :

1) Berani Berkata Tidak - Kapten Hafiz Firdaus Abdullah

2) Gempa & kajian Ilmuan Islam Silam - Editor Majalah i

3) Merebut Saham Anak Muda - Ustaz Hasrizal Abdul Jamil dari saifulislam.com

4) Suapan Pertama untuk Anak - Anisah Imran

5) Mendidik anak Mencintai Islam - Erniati Abdullah

6) Meraih bahagia Di Usia Emas - Sarina Mohd Som

7) Si Tanggang moden : Undang-Undang Dunia & hukuman Akhirat - Khairul Anwar Rahmat dari Persatuan Peguam Syarie Malaysia

8) Ancaman Gerakan Zionis - Abdul Azim Roslan, UTem

9) Kaabah tempat Ibadah Pertama Di dunia - Editor Majalah i

10) Cabaran Di Sebalik Mekah Yang Serba Moden - 'Izzat Anwari bin Hasni

11) Mencari Haji Mabrur - Sarina Mohd Som

12) Bolehkah Bukan Islam Masuk Masjid? - Ustaz Zaharuddin Hj Abd Rahman

13) Hafiz Ng : Berdakwah Dengan Kereta Sport - Wartawan Majalah i, Azlin Mohd Hamin & mohd Adib

Wednesday, November 25, 2009

MESEJ DARI KETUA PELAJAR.





(GAMBAR ANA SEMASA MENERIMA HADIAH DARIPADA MUDIRAH PADA MAJLIS RAMAH TAMAH AIDILFITRI).









Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Salam bahagia dan salam sejahtera serta selamat menyambut Hari Raya Aidiladha kepada anda semua khususnya warga Madrasah Islamiah Bandar Kuching(MIBK).

Terutama sekali saya ucapkan syukur kepada Allah subhanahu wa taala kerana dengan limpah kurnianya, kita sama - sama akan dapat meraikan Hari Raya Aidilahda, iaitu pada 27 November ini, iaitu Hari Jumaat.

Sedarlah rakan - rakan bahawa saya bukan saja - saja menulis mesej ini, serta bukannya suka - suka nak menulis mesej ini, tetapi ini adalah tugas saya sebagai seorang Ketua Pelajar untuk menyampaikan sebuah mesej ke weblog ini meskipun nama saya jarang muncul di dalam weblog ini.

Mesej ini adalah untuk menanyakan khabar berita kepada para pelajar - pelajar Madrasah Islamiah yang sedang bercuti pada akhir tahun 2009 ini.

Tidak lama lagi kita semua akan menyambut Hari Raya Haji, jadi raikanlah hari tersebut dengan penuh kesabaran dan kemenangan serta ketabahan.

Juga ucapan Takziah ditujukan kepada saudara Hj. Haziq Ahmad Zaki Al - Wasli, di mana jirannya dan jiran neneknya, yang juga sebahagian daripada keluarganya telah kembali ke Rahmatullah pada malam semalam, iaitu 24 November 2009.

Saya juga turut berasa sedih serta bersimpati atas musibah yang menimpa sahabat saya itu.

Walau apapun, saudara Haziq pernah bercakap dengan saya bahawa, walau apapun ujian yang melanda dia, tetapi dia pernah berjanji kepada saya untuk terus mempertahankan jawatan Ketua Biro Dakwah Madrasah Islamiah sekiranya di tidak dipilih untuk bertanding jawatan Ketua Pelajar.

Namun begitu apa yang pasti, memang setiap manusia akan ditimpa musibah serta ujian - ujian daripada Allah Subhanahu Wa Taala, untuk menguji hamba - hambanya.

Mesej saya kepada rakan - rakan saya yang lain, saya mohon maaf sekiranya pernah terkasar bahasa kepada rakan taulan semua, tetapi ingatlah pesanan saya, selalulah beristiqamah, kerana tuhan akan nampak kita, tak kira di mana kita berada.

Salam maaf daripada saya, sekian........

Assalamualaikum...........




MOHD SUBRI BIN HJ RAFAI'E.

(Ketua Pelajar Madrasah Islamiah Bandar Kuching).

Friday, November 13, 2009

PEMANDANGAN INDAH








Pemandangan indah di Bandaraya Kuching............





(gambar rakaman dari Hj. Haziq Ahmad Zaki b. Mohamad Zulkipli Al - Wasli).