SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU HIJRAH

SALAM MAAL HIJRAH 1432 HIJRIAH DARI KAMI, BADAN KEBAJIKAN PENGAWAS MADRASAH ISLAMIAH BANDAR KUCHING.

OUR ANTHENM........

"MAJU KE HADAPAN SEMUA"


MARILAH KITA UMMAT MUHAMMAD,
UNTUK MAJU KE HADAPAN SEMUA,
MARI KITA BERSATU,
BANGKITKAN SERUAN AGAMA,
YANG KITA CINTAI INI....


SYUHADA PERJUANGANMU DIBERKATI ILAHI,
TERUSKAN MATLAMAT KITA,
MADRASAH ISLAMIAH TERCINTA.....

BADAN KEBAJIKAN PENGAWAS MADRASAH ISLAMIAH BANDAR KUCHING

BADAN KEBAJIKAN PENGAWAS BERTANGGUNGJAWAB DI ATAS KEBAJIKAN PELAJAR - PELAJAR DI MADRASAH ISLAMIAH. OLEH ITU, BADAN KAMI AKAN BERUSAHA SEDAYA - UPAYA UNTUK BEKERJA KERAS LEBIH KE ARAH KESEJAHTERAAN MADRASAH ISLAMIAH BANDAR KUCHING.

Tuesday, December 29, 2009

SELAMAT PULANG NENDAKU DAN KELUARGA MASHITAH.








Nenda Hjh Sara Yusuf(bertudung putih) baru sahaja sampai di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur(KLIA) pada pukul 3 petang hari Sabtu, 26 Disember 2009 Masihi. Sebelah beliau ialah mak saudara penulis, Zaleha Hj Saadi.



Selamat kembali ke Kuching kepada nendaku, Hjh Sara Bte Yusuf dan nenda saudaraku, Hjh Zaharah Bte Mansor. Dan tidak lupa juga kepada keluargaku di Brunei Darussalam sana, iaitu keluarga Hjh. Siti Mashitah Mutawwakil, yang turut mengikuti ayahndanya, iaitu Prof. Dato’ Sri Setia Dr. Hj Mahmud Ali bin Abdul Rahman Hamzah Al – Hanis dan bondanya, iaitu Datin Sri Setia Hjh Fatimah binti Abdul Rashid. Selamat kembali ke Brunei Darussalam sana. Semoga Allah lanjutkan usia anda semua hingga ke akhir hayat, amin ya robbal a’lamin.




Nenda saudaraku, Cikgu Hjh Sara Bte Yusuf adalah anak kelahiran Kampung Sungai Bedil Besar, Petra Jaya, Kuching. Beliau merupakan anak kacukan Melayu – Melanau. Ayahnya, iaitu Yusuf bin Hj Ali berasal daripada Kampung Muhibbah, Kuching di mana beliau kemudiannya berhijrah ke Kampung Sungai Bedil Besar. Ayah kepada nenda Yusuf, iaitu Hj Ali asalnya ialah daripada Kampung Pinggai Ayer, Mukim Burong Pinggai Ayer, Brunei Darussalam. Isterinya pula, iaitu Sharifah Hasanah binti Sayyid Hussein Al –Jufri, berasal daripada keluarga berbangsa Arab dari Yaman, yang kemudiannya berhijrah ke Kuching, dan berkahwin dengan nenda Hj Ali. Nenda Hj Ali dan Hjh Sharifah Hasanah mempunyai lapan orang anak, dan salah seorang daripadanya ialah nenda Yusuf. Nenda Yusuf berkahwin dengan nenda Rauhani, yang berasal daripada keluarga berbangsa Melanau di Balingian. Nenda Rauhani yang berbangsa Melanau berkahwin dengan nenda Yusuf di Kampung Sungai Bedil Besar. Mereka mempunyai enam orang anak. Dua daripadanya sudah kembali ke Rahmatullah, iaitu Kassim, yang meninggal dunia dalam usia lima tahun, manakala Hj Harun bin Yusuf, meninggal dunia pada tahun 2008 yang lalu, di dalam usia 67 tahun, kerana Kanser Paru – Paru. Sekarang ini, anak – anak mereka berdua yang masih hidup ialah Hj Saadi@Bujang bin Yusuf, Cikgu Hjh Sara bte Yusuf, Hj Khalid bin Yusuf dan En. Hamdan bin Yusuf.












Kesemuanya sudah berkeluarga.












Nenda Saudara saya pula, iaitu Hjh Zaharah bte Mansor ialah adik kepada nenda saya, iaitu Hj. Ahmad bin Mansor, Ketua Penerangan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu(PBB) N.7 Samariang.





















Bapanya ialah Mansur, salah seorang tukang gunting rambut terkenal di Kampung Sungai Bedil Besar pada tahun 50 – an. Ayah nenda Mansur, Hj Suleyman Demirel berasal daripada Turki, yang kemudiannya berkahwin dengan nenda Khadijah, yang berasal daripada Singapura, yang berketurunan Tionghua yang beragama Islam. Kedua – dua mereka mempunyai enam orang anak, dan salah seorang daripada anaknya ialah nenda Mansur. Nenda Mansur kemudiannya berkahwin dengan nenda Hjh Fatimah bte Uti, iaitu satu – satunya moyang kandungku yang masih hidup.

Beliau kini berusia 84 tahun. Mereka berdua mempunyai sembilan orang anak. Dari pertama hingga terakhir, iaitu Hj. Ahmad bin Mansor, Allahyarham Kassim bin Mansor, Allahyarham Abdul Rahman bin Mansor, En. Abdullah Bin Mansor, Hjh Zaharah bte Mansor, En. Hassan bin Mansor, En. Arriffin bin Mansor, Puan Siti Fatimah bte Mansor dan En. Tahir bin Mansor.









Kesemua mereka masih tinggal di Kuching, termasuklah nenda Hj Ahmad bin Mansor, yang tinggal serumah dengan penulis. Beliau juga merupakan orang kuat PBB dan Barisan Nasional di N.7 Samariang.









Keluarga Al – Hanis pula berasal daripada keluarga berketurunan Arab di Yaman. Mereka berasal daripada Bandar Sana’a, Yaman. Yang Berbahagia Prof. Dato’ Seri Setia Dr. Hj Mahmud Ali bin Hj Abdul Rahman Hamzah Al – Hanis ialah anak pertama kepada pasangan Pehin Dato’ Seri Setia Dr. Hj. Abdul Rahman Hamzah bin Hj. Abdul Hamid Al – Hanis dengan Datin Seri Setia Hjh Fatimah binti Abdullah. Mereka berkahwin di Negara Brunei Darussalam. Mereka pada asalnya mempunyai enam orang anak. Tiga daripadanya telah meninggal dunia dan seorang daripadanya telah diangkat oleh keluarga berbangsa Inggeris di London, England. Sekarang ini, yang tinggal hanyalah dua orang sahaja, iaitu Yang Berbahagia Prof. Dato’ Seri Setia Dr. Hj. Mahmud Ali Al – Hanis dan Yang Berbahagia Datuk’ Hj. Hasnan Al – Hanis. Kedua – duanya tinggal di tempat yang berasingan di Brunei sana. Hj Mahmud Ali mempunyai lima orang anak, iaitu Ust. Hj Mahmud Al – Hanis, Ust. Hj Ali Al – Hanis, Hj. Ahmad Ghazzah Al – Hanis, Hj. Ahmad Al – Hanis, dan Hjh Siti Mashitah Mutawwakil Al – Hanisah. Hjh Siti Mashitah merupakan anak bongsu kepada Dato’ Seri Setia Mahmud Ali Al – Hanis. Mereka berdua pergi haji pada akhir bulan Oktober yang lalu. Mereka balik serentak dengan nenda saya balik iaitu pada malam 26 November 2009, yang juga ulangtahun kelima atau setengah dekad bencana Tsunami melanda Acheh dan kawasan – kawasan serantaunya.






Tarikh itu juga merupakan ulangtahun pertama penulis bersama nenda saudaranya, Hj. Saadi bin Yusuf balik dari Limbang ke Kuching menggunakan kapal terbang.







Hj Haziq Ahmad Zaki bin Mohamad Zulkipli Al - Wasli


(KETUA BIRO DAKWAH MADRASAH ISLAMIAH BANDAR KUCHING)







ARTIKEL INI HANYALAH UNTUK PERKONGSIAN DIANTARA PIHAK PENGAWAS MADRASAH ISLAMIAH BANDAR KUCHING DENGAN ANDA SEMUA. IANYA MENGENAI KISAH NENDA KETUA BIRO DAKWAH MADRASAH ISLAMIAH DAN SALASILAH KELUARGANYA.

No comments:

Post a Comment